![]() |
| WALAUPUN rambutnya sedang dicuci, Adzrin sempat melirik ke lensa kamera. |
LAIN padang lain belalangnya. Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai untuk merujuk kepada pelantun lagu genre unfolk Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar.
Jika orang lain mempunyai cara tersendiri untuk melakukan terapi bagi menghilangkan stres, Adzrin pula memilih untuk merehatkan diri di salon rambut untuk melapangkan fikirannya setelah sibuk memenuhi undangan nyanyian.
Bagi wanita yang berusia 26 tahun ini, jika mempunyai kelapangan, dia akan pergi ke salon milik rakannya yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor itu untuk mendandan rambutnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
“Saya suka menggayakan fesyen rambut yang berbeza-beza jika tidak membuat persembahan.
“Ini kerana, saya tidak berpeluang untuk menggayakan fesyen rambut trend terkini ketika membuat persembahan kerana konsep imej saya ala-ala 60-an.
“Tambahan pula, juru dandan di sini pandai mengurut kepala, itu yang buat saya lagi berminat untuk datang ke sini,” ujar anak kepada bekas ahli politik itu.
Ironinya, Adzrin suatu ketika dahulu bukanlah seorang yang suka bersolek apatah lagi berdandan.
Namun, setelah meningkat dewasa dan banyak bergaul dengan rakan-rakan yang dianggapnya bijak bergaya, dia mula menjadikan salon dan butik kecantikan sebagai lokasi wajib yang perlu dikunjungi setiap minggu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: