|
Sarimah Ibrahim yang pernah mengendalikan Diari Akademi Fantasia selama tiga musim serta pengacara konsert pada musim kelapan sebenarnya melahirkan rasa lega apabila Aznil kembali sebagai pencacara diari dan konsert mingguan. ![]() Jadi penerbit pula. Dia sendiri sempat mencuri masa menonton diari kalau ada kesempatan. Kalau ada penonton yang belum lagi dapat rasa kehangatannya, Sarimah berharap sesuatu yang lebih baik akan berlaku dari semasa ke samasa. ![]() Sibuk mengacara majlis. "Nak buat macam mana kerana itulah konsepnya. Tapi saya percaya Aznil boleh mengembalikan kehangatannya," puji Sarimah. Kerja belakang tabir Setelah berjaya sebagai pengacara dan pelakon, Sarimah kini sibuk dengan kerja di belakang tabir pula. Dia menerbitkan program berkosep pelancongan yang khusus kepada seni. Sekarang dia bersama rakan kongsi sedang memulakan program berformat kapsul yang khusus berbicara pasal seni. Program itu akan bersiaran di Astro juga. "Saya masih artis Astro dan program terbitan saya ini juga untuk Astro," katanya semasa ditemui pada majlis memperkenalkan produk baru keluaran Philip, Philips AirFryer di Kuala Lumpur hari ini. Format program itu memberi pengetahuan kepada penonton pasal perkara berkaitan seni yang ada di hadapan kita hari-hari. "Misalnya saya pergi tanya kepada mak cik pasal satu benda yang ada dekat dia dan saya tanya konsep seni apakah benda itu. Macam itulah. Kita mungkin sentiasa lihat barang tertentu tetapi kita tak tahu pasal seni padanya," kata Sarimah. |
Friday, April 8, 2011
Sarimah lega Aznil kembali kendali AF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila Aznil Nawawi kembali mengacarakan program glamor 

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: