Wednesday, April 20, 2011

Salahkah bila tak kacau orang... Reza Hasbi


Tiba-tiba saja nama Reza Hasbi jadi sasaran gosip apabila dikata mendatangkan masalah semasa di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri. Dia juga dikatakan tidak mesra, tak bercampur orang dan suka menyendiri.

Lebih tak manis apabila dikatakan berlagak dan tidak menghargai solekan pada wajahnya. Benarkah macam itu? Atau ada sebab lain yang membuatkan kisah masam itu disebarkan oleh orang yang tak senang hati dengannya?

Tak suka kacau orang

Reza akui dia sangat terkejut apabila namanya mula dijadikan bahan cerita kurang enak. Lebih membuatkan dia tak senang duduk apabila gosip yang dipaparkan dalam akhbar mingguan Ahad lalu itu disampaikan sendiri oleh ibunya dari kampung kerana pada masa itu dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri Mata Air di Perlis.

"Ibu saya ada telefon dan bertanya sama ada saya ada membaca akhbar hari itu (Ahad). Suaranya macam mahu menangis. Saya tahu ibu saya sangat susah hati bila cerita buruk dilemparkan kepada saya. Dia mahu mendengar penjelasan saya.

"Saya kata yang saya belum baca dan minta dia bertenang dan jangan fikir sangat pasa itu dan saya akan jelaskan kepadanya bila saya membacanya. Pada masa itu saya sedang di lokasi penggambaran dan belum membaca gosip yang dilemparkan kepada saya," jelas Reza pasal kesan daripada gosip buruk yang diterimanya itu.

Setelah membacanya, Reza sudah dapat mengagak siapa yang memulakan cerita itu. Dia tak salahkan wartawan apabila menulisnya kerana mereka mendengar dari sebelah pihak sahaja. Sebab itu dia ingin bersuara membetulkan keadaan. Bukan mahu cari gaduh, sebaliknya mahu membetulkan tanggapan negatif terhadapnya.

Kata Reza:

Reza jelaskan kepada ibu yang risau

"Setelah membaca gosip tersebut saya boleh agak siapa yang memulakannya. Saya sebenarnya tak ada masalah dengan orang itu. Tak tahulah kalau diam-diam dia ada masalah dengan saya. Inilah masalahnya bila kita buat baik dengan semua orang.

"Patutlah ada krew yang cakap kepada saya supaya jangan jadi baik sangat sebab takut nanti kepala kita kena pijak. Dia kata begitu sebab dia lihat saya ikut saja apa yang disuruh tanpa banyak soalan. Salah ke bila kita jadi baik dan tak kacau orang?

"Saya tak ada masalah dengan semua pelakon di lokasi. Saya sedar saya seorang pelakon baru. Saya banyak bertanya ilmu dengan pelakon yang lebih senior daripada saya dan mereka juga tak ada masalah untuk mengajar saya.

"Saya akui kadang kala bila kita menghayati watak, saya menyendiri. Bukannya menyendiri sepanjang di lokasi, sebaliknya semasa saya perlu menghayati watak saya. Lagi pun orang lain sibuk dengan kerja masing-masing, takkanlah saya nak kena kacau mereka pula.

"Mereka juga ada kerja, nanti kalau kita masuk pada masa yang tak kena, lain hal pula yang jadi. Sebab itu saya buat kerja saya sahaja. Pada saya lebih baik saya berdiam diri daripada bercakap hal orang lain yang boleh memburukkan keadaan."

Reza juga menyangkal dakwaan pasal dia tak menyukai kerja solekan kerana tahu kepentingan solekan dalam merealisasikan sesuatu watak. Tanpa solekan yang baik, lakonan seseorang pelakon akan kelihatan cacat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: