Monday, April 11, 2011

PJCAD serlah rekaan pelajar


PEREKA muda PJCAD dan jurusolek dari The Body Shop bergabung tenaga menghasilkan fesyen terkini sempena Brush with Fashion di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tugas pereka fesyen ialah memilih fabrik dan menjahit sesuatu rekaan dari mula hingga ke akhir.

Daripada menghasilkan sesuatu rekaan yang mengikut cita rasa pengguna, menggunakan fabrik yang sesuai, memilih hiasan yang menarik untuk dipadankan pada fabrik dan menjahit rekaan yang dihasilkan.

Pendek kata, tugas pereka fesyen bermula daripada kertas kosong yang dilukis rekaan sehingga ia dihasilkan menjadi baju.

Kerjaya pereka fesyen ini 'terbuka' kepada sesiapa sahaja bahkan mereka yang tidak mempunyai pengalaman pun boleh menceburinya, termasuk mereka yang tidak tahu menjahit dan 'buta' fabrik.

Menyedari minat mendalam dalam bidang itu membuatkan pereka fesyen muda pelajar dari PJ College of Art & Design (PJCAD) Kumpulan Pendidikan INTI berganding bahu dengan jurusolek artis profesional dari The Body Shop menghangatkan pentas peragaan Brush with Fashion' di Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kesemua sepuluh finalis, mereka fesyen gaya avant-garde dan fesyen sedia untuk dipakai (ready-to-wear).

Pertandingan ini juga dianjurkan sempena pelancaran rangkaian produk solekan terbaru The Body Shop Brush with Fashion' yang dihasilkan dengan cara mesra alam dan penuh beretika.

Ketua Jabatan Fesyen dan Industri di PJCAD, Es Azren berkata, peserta akhir pertandingan itu dipilih berdasarkan bahan rekaan bertemakan alam sekitar dan menepati konsep hijau.

"Kami juga menilai dari segi keseluruhan kualiti rekaan pelajar berdasarkan lakaran kertas yang mereka sediakan.

"Di PJCAD, kami menggalakkan pereka-pereka muda meneroka rekaan fesyen dimensi baru dalam berkarya. Kami juga sentiasa memberikan pendedahan dan galakan kepada mereka untuk menghasilkan rekaan fesyen bertaraf antarabangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: