Wednesday, April 20, 2011

Peluang niaga untuk pesara ATM

Pengeluar dan pemasar ais kisar jenama UK Ice Blendz, UK Ice Blendz Sales & Marketing melangkah ke pasaran yang lebih kukuh apabila membuka peluang perniagaan kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan modal serendah RM2999.

Pengarah Urusannya, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, jalinan usaha sama itu disambut baik daripada pihak ATM memandangkan perniagaan itu mempunyai masa depan cerah dan dijangka memberi keuntungan besar kerana konsep “Ready2Biz” hanya memerlukan seseorang itu mencari lokasi yang sesuai untuk berniaga tanpa menggunakan modal dan kurang berisiko tinggi.

Menurutnya, sebagai permulaan, syarikat menyasarkan 200 penyertaan rakan niaga daripada golongan pesara ATM tahun ini dan pihaknya yakin lebih ramai pesara akan mendapat manfaat daripada pakej lengkap itu yang ditawarkan secara kios dan lori bergerak.

“Bagi mereka yang mengambil tiga set pakej kios UK Ice Blendz sekaligus, mereka layak menikmati potongan harga sebanyak tiga peratus.

“Kami juga menawarkan pakej lori bergerak menggunakan modal antara RM60,000 hingga RM100,000 bergantung kepada saiz lori,” katanya.

Beliau berkatanya, tawaran perniagaan itu sudah dikemukakan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan persetujuan telah dicapai.

Selain ATM, syarikat juga berhasrat mengadakan kerjasama bersama warga Felda yang diharap mampu mengukuhkan lagi pasaran jenama itu dalam negara.

Ahmad Muzakkir berkata, perincian lanjut berkenaan tawaran ini juga boleh didapati menerusi majalah Buletin ATM yang dijangka dikeluarkan pada April ini menerusi kerjasama bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: