Wednesday, April 13, 2011

Pakaian ke pantai


Potongan ringkas dan santai dengan warna yang ceria untuk bersiar-siar di tepi pantai.


SESIAPA yang pernah melalui zaman remaja pasti tidak ketinggalan untuk memiliki salah satu item daripada jenama ini. Memang tidak dinafikan jenama Quiksilver dan Roxy menjadi pilihan kerana rekaannya menepati cita rasa golongan itu.

Terbaru mereka melancarkan koleksi terkini sempena musim panas luruh 2011 yang mengetengahkan warna-warna lebih ceria dan segar. Bertempat di ruang legar pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, acara tersebut telah mempamerkan koleksi istimewa untuk lelaki dan juga wanita. Lebih menarik, jenama yang mempunyai 90 cawangan di seluruh dunia ini bukan sahaja menampilkan rekaan untuk remaja malah untuk sesiapa sahaja yang mahukan penampilan segar.

Sebagai penaja kepada kejohanan luncur air, Quiksilver dan Roxy sering melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan fabrik yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.

Pengenalan Siri Cypher iaitu fabrik yang dibangunkan dengan teknologi moden ini adalah dari jenis yang cepat kering dan tidak mudah renyuk.

Pada koleksi kali ini juga Roxy memperkenalkan rekaan terbaru pada koleksi renang, selipar, seluar luncur dan juga pakaian bersantai di pantai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: