Friday, April 8, 2011

Lambaian musim bunga di Korea


Antara taman-taman yang dijaga rapi di Korea Selatan.


KEGILAAN terhadap drama-drama bersiri Korea telah mencetuskan keinginan di kalangan rakyat negara ini untuk melihat dan menikmati keindahan negara itu secara live.

Keterujaan itu mendorong akhbar Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA dengan kerjasama Poto Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) melancarkan program bersama pembaca untuk melawat Korea Selatan dan bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Melalui program selama 6 hari 4 malam itu, pihak POTO akan merealisasikan impian para pembaca untuk menikmati keindahan dan mengenali budaya Korea yang penuh dengan pelbagai kisah menarik.

Seperti program lawatan ke Beijing pada tahun lalu, lawatan ke Korea juga akan dibuat semasa musim bunga dengan pilihan dua tarikh pelepasan iaitu pada 14 dan 19 April ini.

Pakej berharga RM3,300 seorang itu meliputi makan, minum, penginapan dan tiket penerbangan.

Destinasi pertama setibanya rombongan di Korea ialah Pulau Nami yang merupakan salah satu daya tarikan pada musim bunga.

Pulau yang dikenali sebagai Pulau Winter Sonata ini dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok seperti maple, birches, ginko dan banyak lagi.

Selain keindahan semulajadi, peserta juga akan dibawa ke taman tema tercantik di Korea Selatan yang mana rekaan seni bina dan persekitarannya seakan-akan Movie World di Gold Coast, Australia.

Taman tema ini dinamakan Everland atau dalam bahasa Korea dipanggil 'Ebeoraendeu'.

Rombongan juga akan dibawa ke pasar Namdaemund yang amat terkenal dengan aksesori wanita khususnya kerongsang.

Suasana deretan kedai di pasar yang luas dan padat ini seakan-akan di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Selepas itu, rombongan akan dibawa ke bandar Seoul yang mana lawatan akan bermula dari Istana Kyongbok (dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun).

Istana utama ini telah dijadikan muzium untuk tatapan pelancong. Antara tarikan yang ada di sini ialah sesi perbarisan pertukaran pengawal (change guard) seperti yang terdapat di Istana Buckingham, London.

Peserta kemudian akan melalui Blue House iaitu tempat kediaman presiden dan kemuncak lawatan ialah menikmati keindahan bunga-bunga di Yeuido Street.

Di sepanjang pinggir jalan dan taman-taman awam di sini akan diwarnai dengan bunga sakura dan kira-kira 1, 700 pokok Raja Ceri atau nama saintifiknya Prunus Yedoensis yang berbunga mekar pada musim ini.

Selain itu, rombongan juga akan dibawa membeli-belah di National Ginseng Outlet dan kilang Amethyst.

Sebelum berlepas pulang ke tanah air, rombongan akan singgah di Bandar Hanoi (dulu dikenali sebagai Saigon) yang merupakan sebuah bandar raya terbesar di Vietnam.

Di sini, peserta akan dibawa ke satu tempat yang terkenal dengan aktiviti membeli-belah iaitu di Ben Than Market.

Sebagai orang Islam, penganjur tidak melupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Sepanjang perjalanan, peserta akan dibawa ke beberapa masjid yang terdapat di Korea untuk menunaikan solat dan ke restoran-restoran halal bagi menikmati makanan halal.

Kelebihan POTO sebagai sebuah syarikat bumiputera akan membuatkan peserta berasa selesa, selamat dan tidak was-was sepanjang perjalana.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi 03-92006640 atau 012-2279097 (shahrul) atau layari www.pototravel.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: