
KUALA LUMPUR - CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) menyasarkan transaksi sebanyak RM1.5 bilion untuk perniagaan pertukaran mata wang asingnya, Bureau De Change (BDC) tahun ini berbanding RM1.2 bilion pada tahun lepas.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Runcit CIMB Bank, Peter England berkata, dua hingga tiga peratus daripada nilai tersebut bakal disumbangkan oleh mesin Foreign Currency Dispenser (FDC) CIMB, yang merupakan mesin pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Mesin tersebut membolehkan pengguna mengeluarkan mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat euro, dolar Singapura, Australia, Hong Kong, baht, renminbi dan rupiah yang mana ia turut menawarkan salah satu kadar pertukaran terbaik di negara ini.
Transaksi tersebut boleh digunakan hanya dengan kad mesin teler automatik (ATM) CIMB Bank, CIMB Islamic atau kad bank yang menyokong penggunaan Malaysian Electronic Payment System (MEPS).
Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihaknya mencatatkan pertumbuhan pesat dalam perniagaan BDC.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: