![]() |
| Irama bhangra gaya Goldkartz mula mendapat perhatian ramai. |
SEBELUM melangkah keluar dari rumah, pasangan adik-beradik Manjit Singh, 26 dan Sukhjit Gill, 22, pasti tidak lupa untuk membawa telefon bimbit masing-masing kerana tanpanya dunia mereka seakan kelam.
Telefon bimbit merupakan teman setia duo kumpulan Goldkartz kerana ia berguna di saat senang dan susah, selain itu perkara utama yang tidak boleh diabaikan adalah dompet.
Kata Sukhjit atau Surj, penuntut jurusan perundangan di Universiti Malaya (UM), perkara penting lain adalah dompet kerana di dalamnya bukan sahaja terdapat MyKad, malah wang untuk berbelanja.
“Sekarang ini apa sahaja yang dibuat perlu wang. Kalau tiada wang, memang susah. Selain telefon dan dompet, saya mesti cari kunci kereta dulu.
“Kalau tidak ada kunci, kereta saya tentu tidak dapat digerakkan,” katanya.
Berlainan pula dengan Manjit atau M-Ji, sebagai peguam beliau amat meniti beratkan soal penampilan, mungkin sudah biasa dengan kerjaya.
M-Ji yang kini bercuti daripada menjadi peguam untuk sementara waktu, gara-gara album kedua Goldkartz, 24 Kaaratz, berkata, beliau akan memastikan tubuhnya disembur dengan haruman.
“Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau keluar rumah tidak kira jauh atau dekat, saya mesti pakai haruman agar rasa segar,” ceritanya.
Kedua-dua mereka kini sibuk mempromosi album kedua yang turut dipasarkan di peringkat antarabangsa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: