![]() |
| JEAN tahan lasak Levi's Curve ID mengutamakan kesempurnaan pemakai. |
Jenama pakaian jean terkemuka, Levi's kini mengembangkan rangkaian denim untuk wanita keluarannya, Levi's Curve ID dengan menambahkan stail dan saiz.
Levi's Curve ID adalah jean tahan lasak yang direka menggunakan sistem padanan revolusi mengikut bentuk kaki bukan saiz.
Pengarah Komersil Levi Strauss Malaysia, Anitha Narayanan berkata, setakat ini, pengguna sangat menyukai dan memberi reaksi positif mengenai sistem itu, namun inginkan lebih stail dan saiz.
"Bagi memenuhi kehendak pengguna, kami memperkenalkan rangkaian Levi's Curve ID bersaiz lebih besar dan kemas sempena musim bunga 2011 untuk menambahkan gaya terbaik kepada pemakai.
"Sejak Levis Curve ID diperkenalkan pada Ogos 2010, ia digunakan lebih sejuta wanita yang akhirnya menemui jean paling sempurna.
"Rangkaian Levi's Curve ID direka hasil kajian yang dijalankan ke atas 60,000 ukuran badan serta maklum balas daripada wanita yang mempunyai bentuk dan saiz berbeza.
"Kami yakin wanita yang mempunyai apa sahaja bentuk dan saiz badan pasti sesuai memakai jean daripada rangkaian ini," katanya.
Koleksi terbaru itu kini dijual di butik Levi's seluruh negara.
Setiap butik menawarkan pakar jurujual untuk mengukur bentuk kaki wanita, menentukan jenis Levi's Curve ID sesuai dikenakan dan membantu pelanggan mendapatkan stail menarik.
Orang ramai juga boleh mendapatkan keterangan lanjut berhubung koleksi Levi's Curve ID: Shape not Size dengan melayari laman web, www.levi.com.my/my/women/room.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: