Friday, April 8, 2011

Burger buatan sendiri


BURGER DAGING LEMBU


Soalan
MINTA tolong kongsikan resipi burger buatan sendiri (home made burger). Terima kasih.

– Farruq Azwan,

Kulim Kedah.

Jawapan

Terima kasih atas permintaan saudara. Pasti anda seorang penggemar burger. Saya akan memuat turunkan resipi dan cara bagaimana untuk membuat burger sendiri di rumah di dalam blog saya.

Di sini saya kongsikan permintaan anda dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini dengan pembaca-pembaca lain supaya mereka dapat mencuba untuk membuat burger sendiri di rumah.

Sebenarnya untuk membuat burger yang lebih sihat, anda disarankan membeli daging kisar yang segar. Daging kisar yang segar lebih sihat kerana tidak ditambahkan dengan bahan pengawet. Jadi selamat mencuba!

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan roux?

– Naema,

Paka dungun Terengganu.

Jawapan

Terima kasih Naema di atas soalan anda. Roux merupakan salah satu agen pemekat yang digunakan untuk melikatkan sup dan sos. Sebelum ini ada juga resipi-resipi yang saya kongsi dalam ruangan ini seperti sos lada hitam dan sup lobak merah berkrim yang menggunakan roux sebagai bahan pemekat.

Mungkin anda juga pernah terlihat resipi-resipi lain yang menggunakan roux ini.

Roux sebenarnya diperbuat daripada mentega, marjerin atau minyak yang dicampur dengan tepung. Nisbah beratnya adalah sama iaitu jika anda menggunakan lemak (mentega, marjerin dan minyak) sebanyak 100 gram (gm) maka berat tepungnya perlulah 100gm juga.

Anda perlu mencairkan lemak dahulu dan kemudian barulah dicampurkan tepungnya.

Kacau sehingga ia membentuk adunan yang lembut. Untuk rasa yang lebih sedap saya mencadangkan anda menggunakan lemak dari mentega.

Anda gunakan roux ini dan campurkan dalam sup atau sos yang sedang mendidih. Pastikan ia dikacau dengan gegelung dawai (wire whisk) supaya tiada ketulan akan terbentuk. Kacaulah sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: