
Sepanjang permohonan ditawarkan kira-kira 1,000 permohonan diterima manakala 21 pemohon berkelayakan dipilih selepas ditapis oleh panel profesional.
Baru-baru ini, Maxis menampil 21 pelajar terpilih sempena anugerah kecemerlangan (MSEA) sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Anugerah disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Dr Hou Kok Chung dan Pengerusi Maxis, Raja Tan Seri Arshad Raja Tun Uda.
Sejak 2005, Maxis telah menyalurkan bantuan tersebut kepada 78 pelajar sekali gus muncul sebagai penyedia telekomunikasi pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan itu berdasarkan merit anak-anak pelanggan dan pekerja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: