Monday, April 25, 2011

Kerjasama tingkat kepuasan pelanggan



Pengguna kereta Proton kini boleh menikmati kuasa optimum kenderaan dengan penghasilan bendalir transmisi automatik pertama hasil kerjasama Proton dan Petronas, ATF-XP3.

Produk pertama keluaran mereka itu diuji dan diformulasikan khusus untuk kereta Proton bertransmisi automatik seperti model Saga tahun 1985 sehingga 2007, Saga baru BLM, Iswara, Wira dan Satria tahun 1993 sehingga 2008.

Kereta Waja tahun 2000 jenis Campro dan CPS, Gen2 dan Satria Neo jenis Campro dan CPS, Pesona dan Pesona Elegance dan Exora (CPS) turut tidak terkecuali.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim berkata, ATF-XP3 adalah produk pertama selepas Proton memeterai perjanjian kerjasama dengan Petronas Dagangan tahun lalu.

“Pengenalan produk ini menunjukkan sebahagian usaha kami dalam meningkatkan tahap kepuasan pelanggan selain dapat mengangkat jenama Malaysia kepada orang ramai.

“Selepas ini, pelanggan dapat melihat lebih banyak lagi produk wujud dari kolaborasi ini, termasuklah minyak enjin untuk pasaran tempatan dan eksport,” katanya ketika majlis pelancaran ATF-XP3 di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: