|
Sebab itulah agaknya Anuar terus menjadi pilihan banyak pihak untuk menjayakan persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha. Sabtu lalu dia menghiburkan peminat di Melaka, sempena sambutan itu. ![]() Diserbu peminat Bila dia turun sahaja ke bawah untuk bersama peminat, rata-rata peminat mula menyerbu untuk merakam gambar bersama atau merakam wajah Anuar dari jarak yang lebih dekat. Masing-masing kelihatan riang bila dapat peluang itu. ![]() Kena ada pengawal Walaupun mengadakan persembahan di luar Lembah Klang, tempahan meja malam itu dipenuhi peminat. Malah ada yang turun dari Kuala Lumpur, Johor, Singapura malah Pulau Pinang kerana tidak mahu terlepas peluang menonton persembahan Anuar. ![]() Untung ramai pemuja "Inilah lagu yang saya mula-mula nyanyikan semasa mengadakan sesi uji bakat ketika berumur 12 tahun," kata penyanyi yang menginjak usia 41 tahun itu. Penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka itu juga melahirkan rasa seronok kerana dapat mengadakan persembahan di negeri kelahiran. Apatah lagi ada beberapa saudara dan kenalan kampung yang turut hadir memberi sokongan. Rezeki lagu popular Anuar ada banyak lagu popular yang rata-ratanya memerlukan lantunan vokal yang baik dan bernada tinggi. Lagu-lagunya juga mendayu-dayu dan kebanyakan bercerita pasal cinta. Sesuai dengan lagu-lagunya itu, persembahan Anuar lebih kepada sebuah persembahan berona romantis. Peminatnya tak mahu lebih, cukup sekadar melihat dan menghayati lagu-lagu yang dipersembahkannya. Sebab itu ada peminat yang sudah menonton persembahan terdahulu di Kuala Lumpur, masih sanggup datang ke Melaka. Senarai lagu sama hasil susunan Alvin Santiago tidak menjadi masalah kepada mereka. Bagi yang datang menonton bukan kerana mereka peminat setia Anuar Zain, ada yang rasa cepat puas dengan persembahnnya kerana setiap lagu dipersembahkan dengan cara yang sama. Anuar tidak banyak bercerita atau berlawak sebagaimana yang dilakukan oleh penghibur lain dalam persembahan sedemikian. Mungkin itu bukan bidang dia. Kalau Anuar selitkan sedikit celoteh, misalnya berkongsi pengalamannya sendiri yang belum pernah diceritakan, pasti malam itu akan menjadi lebih bermakna buat peminat. Selain dapat menikmati juadah vokalnya yang mantap, mereka dapat input baru pasal lelaki pujaan itu. Sebagai penyanyi yang bermula sejak kanak-kanak, pasti banyak nostalgia yang boleh dikongsikan dengan peminat. Mungkin juga Anuar boleh berkongsi sedikit ceritera cintanya (setakat yang boleh dikongsikan) memandangkan dia membuai perasaan peminat dengan lagu-lagu cinta. |
Tuesday, April 12, 2011
Anuar kuat aura tarikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau ada orang kata Anuar Zain ni macam gula, benarlah kata-kata itu. Bila mengadakan persembahan, aura tarikannya lain benar. Gaya dan nyanyiannya macam memanggil-manggil peminat mendekati.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: