Friday, April 8, 2011

Acu pistol tiruan

KENANGAN...Tun Hisan (tengah)   bersama anggota yang menerima sijil penghargaan.
KENANGAN...Tun Hisan (tengah) bersama anggota yang menerima sijil penghargaan.

SHAH ALAM: Seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas ditahan polis ketika melarikan sebuah kereta milik seorang lelaki berbangsa Cina yang baru disamunnya, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berada dalam kereta di hadapan rumahnya di Kota Kemuning di sini didatangi suspek yang mengetuk cermin tingkap keretanya.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sejurus mangsa membuka tingkap, suspek berusia 30 tahun mengacukan pistol tiruan ke arahnya.

Menurutnya, mangsa akur dengan arahan suspek yang mengarahkannya menyerahkan Honda Accord berkenaan sebelum suspek memecut melarikan diri.

“Mangsa terus melaporkan kejadian di Pondok Polis Kota Kemuning dan kami menahan suspek yang ketika itu sedang memasuki Plaza Tol Sri Muda, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) kurang 20 minit selepas kejadian.


“Hasil siasatan mendapati suspek berasal dari Taman Selayang Utama, Batu Caves dekat sini dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui ke mana suspek mahu membawa kenderaan ini kerana sesetengah penjenayah diupah untuk melakukan kegiatan itu,” katanya pada Majlis Pemberian Sijil Penghargaan Kepada Anggota di Balai Polis Seksyen 15 di sini.


Seramai tiga anggota dari Pondok Polis Kota Kemuning diberi sijil penghargaan kerana bertindak pantas menyelesaikan kes samun itu ialah Konstabel Mohd Lan Basah, Lans Koperal Saifuaad Salman dan Lans Koperal Zygmantovich anak Kluni.

Antara barang lain yang ditemui bersama suspek ialah sepucuk pistol tiruan mirip Victor, pemutar skru dan telefon bimbit.


Suspek direman sehingga 13 April ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.Tun Hisan berkata, polis Selangor akan terus memberi tumpuan kepada kecurian kenderaan di negeri itu yang dilaporkan semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: