Prism) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berlarutan. Akhirnya pada 14 Februari lalu mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepada mereka. Tak banyak yang diputuskan cuma bayaran pampasan sebanyak RM10,000. Sekiranya Karyawan memohon maaf rasmi secara terbuka dalam tempoh 30 hari, bayaran dikurangkan kepada RM5,000. Bukan bayaran yang mereka utamakan, sebaliknya kembalinya reputasi yang tercalar. Pengurus Besarnya, Ong Peng Chu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu menegaskan tindakan mahkamah diambil kerana Karyawan didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah enggan memohon maaf setelah diminta berbuat demikian. Prism mengemukakan fail saman fitnah pada 19 Jun 2002 terhadap Karyawan berkaitan kenyataan persatuan artis itu yang memfitnah mereka dengan kenyataan kononnya Prism menipu artis. Pada September 2004 mahkamah mengeluarkan injunksi kepada Karyawan agar tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan Prism. Mereka juga ada berbincang untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik. Bagaimanapun kerana kesefakatan tidak diperolehi, Prism terpaksa meneruskan saman pada 2008 dan berakhir dengan kemenangan pada 14 Februari lalu. "Kami bersyukur dengan keputusan mahkamah ini yang berpihak kepada Prism, keputusan ini menafikan segala tuduhan dan tohmahan daripada pemimpin Karyawan yang mempunyai eleman-eleman beunsur fitnah dengan niat jkahat untuk menjatuhkan kredibiliti dan reputasi Prism. "Soal wang bukanlah perkara utama, apa yang lebih penting bagi kami ialah ia dapat memulihkan persepsi masyarakat yang sebelum ini curiga dengan ketelusan Prism disebabkan kenyataan-kenyataan negatif daripada pihak Karyawan. "Kami percaya kes ini akan merugikan dan melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Kami pernah berbincang dengan pihak Karyawan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Pada mulanya macam ada persetujuan, tapi mungkin atas sebab-sebab tertentu pihak Karyawan mahu meneruskan kes ini," kata Ong. Ong juga memberitahu, semasa tuduhan fitnah dilemparkan oleh Karyawan, reputasi mereka sangat buruk sehingga ada pihak yang menjadikan tuduhan itu sebagai sebab untuk membelakangi permintaan Prism untuk mengutip bayaran royalti. "Kami mendapat kesan buruk daripadanya, dan berharap imej kami pulih apabila mendapat kemenangan dalam kes ini," kata Ong lagi. Sepatutnya persatuan bersatu Mengapa persatuan-persatuan melibatkan orang seni asyik bertelagah? Kita pernah dengar macam-macam pertelagahan dalam persatuan melibatkan artis, termasuk pergaduhan dalam mesyuarat yang membawa kepada insiden pukul. Ong juga berharap keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka memberi pengajaran kepada mana-mana persatuan agar tidak mencampuri urusan persatuan lain. Mereka sepatutnya menguruskan persatuan sendiri sebaiknya. Yalah sepatutnya setiap persatuan menjaga kebajikan persatuan mereka dan tidak mencampuri urusan persatuan lain. Jangan pula masalah peribadi seseorang dalam persatuan dibawa kepada serangan terhadap persatuan. Mungkin ada perjuangan yang berbeza dalam setiap persatuan, tapi kalau kesemuanya bekerja demi kemajuan ahli, pasti perkara negatif seumpama ini tidak berlaku. Sudahlah macam-macam hal melibatkan artis termasuk jenayah dadah, gambar daring di Internet dan macam-macam lagi, ditambah pula dengan kemelut berpersatuan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan orang mudah memandang serong kepada golongan artis. Mungkin juga ada individu sama yang bernaung di bawah Karyawan dan Prism, kerana kedua-dua persatuan itu turut menjadi wakil kepada penyanyi. "Kalau ada artis yang tak faham dengan Prism dan mahu bertanya sesuatu mereka boleh datang terus kepada kami," kata Ong. | Sejak 2002 kemelut membabitkan Performers & Artistes Rights (
Wednesday, February 23, 2011
Prism harap imej pulih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: