|
|
PENGACARA TV Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lima tahun, Fara Fauzana kali ini nekad. Dalam nada mudah, graduan Universiti Teknologi Mara yang mesra dipanggil Fafau itu berkata: "Biar saya berhenti dahulu sebelum saya diberhentikan."
Dia melahirkan emosi gembira apabila khidmatnya bersama Melodi bakal berakhir pada hari ini.
Sedih meninggalkan sesuatu yang sudah tetapi wanita berusia 31 tahun itu mahu terus positif dalam hidup.
"Sedih yang positif, itu yang saya rasakan. Klise sungguh tanggapan umum kononnya saya diberhentikan atau digugurkan.
"Sebenarnya sejak tahun lepas saya sudah merancang untuk berhenti ketika usia saya menjejak 30 tahun.
"Saya memang ada niat untuk berkahwin apabila menginjak usia tersebut tetapi belum sampai seru.
"Antara perancangan lain adalah untuk berhenti mengendalikan Melodi dan memberi tumpuan kepada kerjasama saya dengan Nana XFM untuk projek Faranana.com. Ia merupakan rumah produksi bersama Darling Ngasri," terangnya mengenai spekulasi kononnya dia 'diberhentikan' daripada Melodi kerana bermasalah.
"Bukan mudah menjadi pengacara sebuah program sekuat Melodi terbitan TV3 dan dalam masa yang sama menjadi penyampai radio.
"Saya perlu mengetahui dan bercakap hal semasa dan bertindak profesional.
"Saya juga berkawan dengan rakan-rakan artis yang menjadi bahan berita dalam program tersebut. Mereka tahu saya bukan jenis buka cerita.
"Apa yang perlu saya diamkan, saya diamkan dan mereka mempercayai saya.
"Saya juga tidak mahu orang bercakap perihal saya," Fara mengulas pelajaran yang diambil sepanjang enam tahun menjadi hos Melodi.
Selebihnya, dia melafazkan rasa gembiranya kerana berpeluang bercuti pada hujung minggu.
Ujar Fara, sudah enam tahun dia tidak berehat pada hari Ahad. Malah, dia sering ditinggalkan oleh keluarga dan sahabat handai setiap kali mereka bercuti pada hujung minggu.
"Saya mahu bergembira dengan hujung minggu, itu perancangan saya selepas bulan Mac nanti.
"Saya mahu menghabiskan masa bersama famili dan peminat. Itu impian saya kini," celotehnya yang juga berniat untuk bangun lambat sedikit pada hujung minggu nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: