Monday, February 28, 2011
Popeyes bakal buka enam lagi cawangan
Popeyes Louisiana Kitchen Malaysia bakal membuka enam lagi cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley, George Ang berkata, setakat ini mereka mempunyai sembilan restoran cawangan di sekitar Lembah Klang.
“Kami memperuntukkan RM1.2 juta sehingga RM1.5 juta untuk membuka setiap cawangan di sini, dan ia bergantung kepada saiz restoran dan lokasi.
“Dengan penambahan cawangan ini, kami berharap dapat mencapai peningkatan 10 peratus pertumbuhan jualan,” katanya semasa pelancaran menu baru Popeyes, Carnival Chicken di Kuala Lumpur.
Menurutnya, setakat ini Popeyes akan menumpukan pengembangan perniagaan di sekitar Semenanjung Malaysia.
“Kami belum lagi bercadang untuk ke Sarawak. Mungkin dalam jangka masa tiga tahun lagi kami akan buka cawangan di sana,” katanya.
Pelancaran Carnival Chicken dilakukan seiring dengan sambutan perayaan Mardi Gras pada 8 Mac akan datang.
Mardi Gras merupakan salah satu perayaan yang terkenal yang disambut oleh penduduk tempatan di negara barat terutamanya di New Orleans, Louisiana, di mana Popeyes Louisiana Kitchen berasal.
Promosi Carnival Chicken bermula pada 19 Februari sehingga 31 Mac 2011, di mana pelanggan boleh mendapatkan hidangan kombo dengan harga RM11.35.
Selain Malaysia, Kumpulan Revenue Valley juga memiliki cawangan restoran Popeyes Louisiana Kitchen di Singapura dan Vietnam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: