Sunday, February 27, 2011

SRK bertatu inai di lengan


SHAHRUKH KHAN


HERO filem My Name Is Khan, Shahrukh Khan (SRK) yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem di negara ini pada minggu lalu dilihat mempunyai tatu pada lengan kanannya.

SRK memberitahu bahawa tatu yang tertulis huruf 'D' berwarna gelap itu dibuat bagi menjayakan filem terbarunya Don 2. Filem arahan Farhan Akhtar itu masih dalam penggambaran.

"Saya bukan membuat tatu yang kekal. Ia hanyalah inai yang akan pudar warnanya dan ia perlu dibuat berulang-ulang sepanjang penggambaran agar warnanya kekal hitam.

"Saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza dalam filem ini dan ia sangat hebat," kata Shahrukh yang menjalani penggambaran di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi untuk filem itu.

Selain Shahrukh antara bintang Bollywood lain yang membuat tatu inai pada badan mereka untuk filem ialah Kangna Ranaut, Saif Ali Khan, Akshay Kumar dan Rishi Kapoor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: