Tidak habis lagi kisah kontroversi yang berlaku antara pelakon muda, Shiera Iskandar bersama penerbit drama A.Aida. pertikaman lidah semakin berpanjangan apabila kedua-dua mereka tidak henti-henti 'menembak' antara satu sama lain menerusi media.
Setelah beberapa kali membaca kenyataan balas daripada A. Aida, akhirnya Shiera mengakui dia kini sudahpun merujuk pada seorang kenalan peguam untuk membincangkan tentang perkara itu.
"Saya tidak buat apa-apa tindakan atas perkara ini, ramai diantara kawan-kawan saya dan ibu mencadangkan supaya kami berdiam diri sahaja, tetapi sekiranya pihak A.Aida sudah menghantar saman,barulah saya bertindak.
"Saya dan ibu memang tidak mengetahui apa-apa tentang urusan mahkamah, tetapi kami sudah merujuk pada seorang teman bagi mengetahui selok belok urusan itu sekiranya apa yang dikatakan oleh A.Aida berlarutan.
"Sebenarnya perkara ini bukanlah satu masalah yang besar, lebih-lebih lagi drama itu sudahpun selesai ditayangkan.Tetapi malangnya, sepanjang kontroversi ini berlaku dia (A.Aida) langsung tidak menghubungi kami untuk berbincang, dan kami hanya mengetahui perkembangan kes ini daripada media,"jelas Shiera.
Mengakui mengalami tekanan yang sangat kuat, Shiera sangat terkilan diperlakukan sebegini rupa.
"Saya langsung tidak terfikir dia akan melakukan perkara ini sedangkan dia langsung tidak mempunyai masalah dengan saya sebelum ini. Malah sepanjang dia langsung tidak pernah membuka cerita tentang rambut sewaktu kami di lokasi.
"Saya tak tahu apa tujuannya, kerana sejak dari awal penggambaran saya sudah pun menggayakan rambut palsu, jadi rambut baru saya itu langsung tidak mengganggu penampilan saya di dalam cerita.
"Kerana kontroversi ini saya menerima satu tekanan yang kuat, malah kepala saya sakit dan membuatkan urat di bahu saya tegang. Ibu begitu juga, dan saya lebih kasihan padanya kerana sepanjang dia berlakon selama ini dia langsung tidak pernah menerima tamparan kontroversi sebegini,"ceritanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: