PELABUHAN KLANG - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk pelbagai jenis rokok keretek dan putih bernilai lebih RM860,000 termasuk cukai di dua lokasi berasingan pada Selasa dan Rabu lalu.
Antara jenis rokok yang dirampas di Jalan Banting dan di tebing Sungai Langat, Jugra dekat sini itu ialah Gudang Garam, Suria, Semporna dan Marlboro yang disyaki mendapat permintaan tinggi di negara ini.
Pengarah Kastam Selangor, Datuk Azis Yacub berkata, dalam rampasan pada Selasa lalu, anggota dan pegawai penguat kuasa yang membuat rondaan menemui sebuah lori yang ditinggalkan di Jalan Banting pada pukul 11.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan mendapati lori itu sarat berisi 118 kotak besar mengandungi 185 karton rokok keretek tanpa kelulusan Kastam bernilai lebih RM158,000 dan cukai kira-kira RM505,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: