|
Sekarang drama bersiri Trilogi Cinta sedang ditayangkan di RTM. Dia turut mendapat tempias apabila drama terbitan Suhan Movies itu diperkatakan dan menjadi antara drama yang berjaya menarik ramai penonton. ![]() Dibenci kerana lakonan tandanya berjaya. "Saya akui semasa peringkat awal memasuki set penggambaran drama ini saya gementar dan tak dapat memberikan lakonan yang baik. "Tapi bila sudah serasi dengan pelakon lain, lama-kelamaan saya boleh membaiki kelemahan saya. "Bila tonton kembali ada juga adegan yang saya rasa saya boleh berlakon dengan lebih baik. Saya ada bertanya kepada orang lama, dan apabila mengetahui ia lakonan pertama saya, banyak yang mengatakan saya sudah berjaya. "Saya juga dapat feedback daripada orang ramai. Ada yang menegur saya dan bertanya pasal watak Shahrul yang saya lakonkan dalam Trilogi Cinta. "Kalau mereka tegur itu tandanya mereka sudah mula menyedari kehadiran saya," kata Reza kepada Mangga Online. Mak cik marah Reza akui watak antoganis yang dilakonkannya boleh menimbulkan rasa tak senang hati di kalangan penonton yang terbawa-bawa sehingga ke luar televisyen. "Ada yang mengatakan mereka benci kepada saya kerana watak jahat yang saya lakonkan. Malah ada jiran sekampung yang mengatakan mahu menampar saya kalau berjumpa kerana tidak suka dengan watak itu. ![]() Idam jadi hero suatu hari nanti. "Saya terkejut juga pada mulanya kerana tak tahu apa kesalahan yang saya dah buat. Bila ibu saya cakap gara-gara drama Trilogi Cinta, baru saya sedar besar sekali pengaruh watak jahat dalam drama. "Pada mulanya risau juga apabila ada yang meluahkan kebencian. Tapi saya fikir, kalau mereka membenci saya kerana watak jahat yang saya lakonkan, bermakna saya dah berjaya membawa watak itu dengan berkesan," ujar Reza lagi. Reza juga turut meminta pandangan rakan rapat kerana mahu mendengar pandangan jujur mereka. Rata-rata kawan rapatnya tidak sangka Reza yang melakonkan watak itu kerana ia sangat berlainan sekali dengan peribadinya. ![]() 2011 tahun Reza tuai hasil. Reza menunggu beberapa judul drama bersiri yang akan ditayangkan dari semasa ke semasa. Dia benar-benar berharap tahun ini akan menjadi tahun dia membina nama dalam industri lakonan. "Sekarang ini saingan pelakon baru sengit sekali kerana banyak produksi yang menampilkan wajah-wajah baru. Saya harap nama saya tidak tercicir daripada senarai pelakon baru yang berjaya," kata Reza lagi. |
Wednesday, February 23, 2011
Ada orang nak tampar Reza Hasbi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahun lalu naib juara Pilih Kasih Reza Hasbi banyak memenuhi tawaran penggambaran beberapa buah drama dan drama bersiri. Tahun 2011 nampaknya menjadi tahun dia menuai hasil.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: