|
|
MENJELANG pernikahannya dengan Raul Lemos, Krisdayanti atau KD memberitahu bakal suaminya itu lebih sibuk berbanding dirinya.
Dia memberitahu, Raul merancang dan membuat segala perkahwinan mereka. Malah, Raul sanggup mengenepikan urusan perniagaannya untuk memberi fokus terhadap persiapan perkahwinan mereka.
"Jujur, dia (Raul) yang paling sibuk menguruskan persiapan perkahwinan kami. Banyak projeknya yang banyak terbengkalai kerana mengurus persiapan ini. Pekerjaan jadi sedikit tidak terurus kerana harus berulang alik Jakarta - Dili," ungkap KD.
Mereka akan bernikah pada 24 Mac, bertepatan dengan ulang tahun Krisdayanti yang ke-36. Persiapan sedang dilakukan oleh keduanya, dan majlis perkahwinan akan berlangsung di Jakarta.
"Ya di Jakarta saja, tidak menyusahkan semua orang," tegas KD lagi.
Malah seperti satu balasan atas kebaikan Raul, KD tidak menolak untuk hidup dan tinggal di Dili selepas berkahwin.
Katanya: "Ya, saya siap tinggal di Dili, kerana harus mendampingi suami. Selepas sudah bernikah dan ada komitmen, saya berusaha untuk tetap bersama suami."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: