Saturday, February 26, 2011

'Lanun' cuba lupus bukti dicekup


ANGGOTA polis menahan seorang lelaki yang cuba membakar 1,170 keping VCD dan DVD cetak rompak ketika serbuan di pusat beli-belah Prangin Mall di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN – Cubaan seorang ‘lanun’ untuk membakar 1,170 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak gagal apabila niat untuk melupuskan bukti itu dipatahkan polis dalam kejadian di pusat beli-belah Prangin Mall di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu cuba membakar VCD dan DVD tersebut selepas mencurahkan petrol ke atasnya bertujuan untuk melupuskan bukti. Simbahan itu turut terkena pada salah seorang anggota polis yang melakukan serbuan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tindakan suspek amat berbahaya kerana ia bukan sahaja mengakibatkan premis lelaki itu terbakar malah boleh memusnahkan pusat beli-belah itu.

Katanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang pihaknya melakukan operasi membanteras penjualan dan pengedaran VCD dan DVD haram.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: