Saturday, February 12, 2011

Penuhi cita rasa wanita kota

SEHATI SEJIWA...tiga beradik (dari kiri,) Amirah, Nurul dan Syahira tersenyum puas selepas majlis pelancaran butik MimpiKita.
SEHATI SEJIWA...tiga beradik (dari kiri,) Amirah, Nurul dan Syahira tersenyum puas selepas majlis pelancaran butik MimpiKita.

DALAM kalendar masyarakat Cina, angka tiga membawa makna masih hidup dan kehidupan akan menjadi lebih mudah apabila impian anda tercapai.

Berpegang kepada prinsip ini, tiga beradik berasal dari Johor Bahru berkongsi rasa gembira dengan membuka butik MimpiKita.

  • Foto

    KASUAL ATAU RASMI...sama ada gaya rasmi atau kasual kedua-duanya boleh digayakan bersama kardigan putih. Hiasan rambut penyeri wajah.

  • Foto

    KACAK...terserlah ketampanannya apabila mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan majlis.

  • Foto

    MAKAN MALAM...gaun atau baju sentuhan corak batik mencetuskan gaya elegan kepada si pemakai. Sesuai untuk majlis makan malam.

  • Foto

    FUNKY...blaus bercorak harimau akan menampakkan gaya funky, padankan dengan seluar hitam untuk kesan lebih menyerlah.

  • Foto

    MODEN...gaun pendek dipadankan stoking hitam menjanjikan gaya moden kepada si pemakai.

  • Foto

    ELEGAN...untuk wanita yang pentingkan gaya, padankan seluar palazo putih bersama blaus sewarna. Hiasan tali pinggang pelengkap gaya.

  • Foto

    MODEN...stoking hitam sesuai dipadankan gaun pendek.

  • Foto

    KLASIK...kaftan pendek dihiasi perincian manik di leher nampak klasik dipadankan legging hitam.

  • Foto

    MAKAN MALAM...gaun atau baju sentuhan corak batik mencetuskan gaya elegan kepada si pemakai. Sesuai untuk majlis makan malam.

  • Foto

    SEGAK...Aizat segak menggayakan pakaian Kmeja sesuai untuk lelaki metroseksual.

  • Foto

    METROSEKSUAL...Kmeja mengetengahkan gaya metroseksual sesuai untuk lelaki yang gemar bergaya.

Tergambar keceriaan pada wajah Nurul Zulkifli, 29, Amirah Zulkifli, 27, dan Syahira Zulkifli, 24, apabila impian mereka membuka butik yang selama ini dijalankan menerusi dalam talian terlaksana akhirnya.

MimpiKita memperkenalkan himpunan sedia pakai yang direka bagi memenuhi impian wanita tanpa mengira latar belakang dan usia. Hadir dalam pelbagai warna ceria serta gaya tahan lama rekaan yang lebih sofistikated ini pastinya memenuhi cita rasa wanita kota.“Kami berasa sangat teruja dan berbangga kerana akhirnya MimpiKita dilancarkan untuk semua wanita yang mementing�kan cita rasa glamor.“Kami berharap penjenamaan ini akan memberikan imej lebih segar serta yakin kepada masyarakat,” kata Pengarah Urusan MimpiKita, Nurul Zulkifli ketika majlis pelancaran di Jalan Telawi Bangsar, baru-baru ini.


Legging dan stoking hitam tampak moden dan funky dipadankan gaun pendek. Untuk wanita berkerjaya, pilihan seluar palazo atau satin dipadankan blaus dan jaket nampak elegan serta memikat ketika digayakan ke pejabat.

Selain koleksi sedia pakai, MimpiKita juga mengetengahkan rekaan couture dan helaian koktel yang anggun menerusi gaun pendek dan labuh dengan perincian manik dan jemeki yang indah warnanya.

Tampil menawan, pelanggan boleh memadankannya menerusi perhiasan eksklusif seperti kasut, hiasan kepala, rantai berwarna, gelang serta skaf untuk gaya etnik.

Bagi pencinta fesyen, kehadiran beg hush yang direka menggunakan fabrik kulit dan kulit haiwan tampak lebih eksotik. Tambah pula bentuknya yang besar menjadikannya sesuai untuk wanita berkarier manakala beg genggam sesuai untuk wanita kala menghadiri majlis makan malam.

“Kami percaya semua wanita inginkan fesyen berbeza dalam setiap majlis dihadiri mereka. Untuk gaya lebih moden serta versatil perhiasan seperti beg tangan menjadi pelengkap samping busana yang membaluti tubuh mereka,” katanya.

Pelengkap kepada gaya wanita MimpiKita juga menghasilkan rekaan untuk pakaian pengantin sama ada lelaki dan wanita. Rekaan dihasilkan lebih moden serta sesuai untuk majlis di taman.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Fouziah Gous, Marsha Milah Londoh, Juliana Evans, Heliza dan Aizat Amdan.

Turut serta ialah kolaborasi dua label di bawah pengurusan MimpiKita iaitu Kmeja khusus pakaian untuk lelaki dan Rekakita, syarikat hiasan dalaman berkonsepkan moden.

“Kmeja lahir apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan yang inginkan gaya lebih segar untuk pasangan mereka.

“Pakaian dihasilkan dengan rekaan berani untuk lelaki metroseksual. Rekakita pula adalah jenama reka bentuk hiasan rumah dan pejabat untuk mereka yang gemarkan hiasan berkonsepkan moden kontemporari,” kata Nurul.

Kehadiran tiga label ini memberi peluang kepada pelanggan membentuk gaya hidup mereka sendiri dalam suasana urban dan glamor.

MimpiKita, Kmeja dan Rekakita pasti merubah cita rasa wanita masa kini. Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.mimpikita.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: