KERJASAMA...Rozaimy (kanan) bersama Naib Presiden Komunikasi Jaringan Perdagangan XL Axiata, Habib Mustaian (kiri) dan Pengarah Kejuruteraan Mora Telematika, Robertnus Suratno.
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menjalin kerjasama pintar dengan dua syarikat berpangkalan di Indonesia, PT XL Axiata TBK (XL Axiata) dan PT Mora Telematika untuk membina sistem kabel dasar laut gentian optik lebar berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Indonesia membabitkan pelaburan sebanyak AS$7.6 juta (RM23 juta).
Naib Presiden Eksekutif TM Global, Rozaimy Abdul Rahman berkata, daripada jumlah kos keseluruhan pembinaan projek dipanggil sistem kabel ‘Batam-Dumai-Melaka’ (BDM) itu, TM memperuntukkan sebanyak AS$4 juta (RM12.4 juta).
Katanya, sistem kabel berkenaan membabitkan jarak pembinaan 400 kilometer (km) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun ini. “Sistem kabel BDM ini akan menghubungkan jarak kira-kira 400 kilometer antara kedua-dua negara melalui dua laluan iaitu Melaka-Batam dan Melaka-Dumai. Stesen hentian di Malaysia akan disediakan TM manakala di Indonesia pula akan dibina PT XL Axiata TBK.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: