Thursday, February 17, 2011

Lebih 7.5 juta telefon mudah alih terjual




Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion terjual di Malaysia pada tahun lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia berkata para pelanggan telah membeli 24 peratus lebih banyak unit telefon mudah alih yang meningkatkan nilai keseluruhan industri sebanyak 30 peratus berbanding 2009.

Telefon pintar merupakan penyumbang utama prestasi baik industri itu.

Sejak permulaan 2010, nilai jualan telefon pintar telah meningkat secara tekal setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

Pengurus Besar GfK Malaysia Jennifer Chan berkata pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain merupakan sebab peningkatan trend pemilikan telefon pintar.

Para pengguna juga terkeliru untuk memilih pelbagai sistem operasi (OS) yang ditawarkan oleh pengeluar telefon.

Di segi sumbangan jualan keseluruhan, telefon pintar berada dalam kumpulan harga antara RM500 dan RM1499 dengan penguasaan 64 peratus dengan 38 peratus daripadanya bernilai lebih RM1,000.

“Kita menjangka industri telefon pintar terus meningkat dua angka pada 2011 dan seterusnya, kata Chan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: