Thursday, February 17, 2011

Harga minyak tinggi lepasi AS$100 setong



Harga-harga minyak mentah Brent yang pada masa ini diniagakan melepasi AS$100 setong, akan mempunyai implikasi kredit yang positif ke atas para pengeluar huluan tetapi akan menjejaskan para penapis hiliran.

Moody’s Investors Service berkata kesan negatif ke atas para penapis bergantung kepada keupayaan mereka untuk menyalurkan sepenuhnya menerusi kos bahan mentah mereka yang tinggi.

“Kawalan negara ke atas harga untuk produk-produk minyak bertapis di negara-negara Asia seperti China, India dan Indonesia akan mengurangkan kesan kepada pengguna akhir,” kata Naib Presiden Moody’s yang berpangkalan di Hong Kong, Renee Lam.

Beliau berkata harga minyak mentah tinggi yang berterusan akan lambat laun menyaksikan beban subsidi yang tinggi terhadap peruntukan kerajaan-kerajaan ini.

Lam menambah harga minyak tinggi ini mungkin mengukuhkan lagi aktiviti carigali dan pengeluaran dan menjurus kepada perbelanjaan modal dan operasi yang lebih tinggi yang akan mengurangkan faedah.

“Dalam penapisan dan pemasaran, kami menjangka kenaikan kos input minyak mentah akan menambahkan keperluan para penapis untuk modal kerja dan sekali gus meningkatkan tekanan terhadap aliran tunai mereka daripada operasi serta keperluan pembiayaan,” kata beliau dalam laporan yang bertajuk “Impak AS$100/Tong Minyak ke atas Pengeluar dan Para Penapis Tenaga Asia Pasifik”.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: