Sunday, February 6, 2011

Koleksi remaja mampu milik


Pilihan bijak yang jimat.


SETIAP kali ke pusat beli-belah, mata seronok dijamu pelbagai fesyen remaja. Penampilan mereka kini mewah dengan jenama antarabangsa. Setiap kali musim perayaan remaja antara golongan paling ramai membeli-belah. Begitu kuat pengaruh gaya dan fesyen antarabangsa yang mendominasi trend remaja sekarang.

Bukan setakat pakaian, kasut, beg dan dompet sentiasa berubah mengikut peredaran masa dengan cepat. Setiap tahun ada sahaja yang baru. Mereka juga bijak menggabungkan gaya lama dan baru supaya nampak lebih cantik dan moden. Itu yang membezakan remaja dahulu dan sekarang. Jika dahulu, remaja terikat dengan fesyen tempatan dan bergantung kepada pilihan ibu bapa, kini mereka lebih bijak menyesuai padan sendiri mengikut kegemaran masing-masing. Tentunya 2011 menampilkan fesyen serta gaya istimewa untuk golongan remaja.

Melihat fesyen remaja masa kini, mereka gemar memakai blaus, kemeja-T yang dipadankan dengan seluar jeans yang begitu santai. Tidak banyak beza antara remaja yang bertudung atau tidak mahupun remaja lelaki kerana mereka gemarkan pakaian tanpa corak. Jika ada pun, mereka lebih gemar corak yang ringkas.

Berbeza pula dengan aksesori seperti beg tangan atau kasut, mereka sering dilihat menukar aksesori setiap hari. P adanan kasut dan beg yang sedondon menjadi pilihan.

Selain beg bersaiz kecil, beg tangan besar juga menjadi pilihan remaja. Dipadan dengan kasut bertumit sederhana, mereka lebih berasa yakin ketika berjalan.

Menampilkan rekaan terkini dengan rona warna yang lebih segar dan menawan, merah, kuning keemasan adalah warna pilihan remaja.

Koleksi terbaru ini bukan sahaja menampilkan beg tangan, kasut lelaki dan wanita tetapi juga dompet, cermin mata dan jam tangan untuk melengkapkan gaya.

Bagi memenuhi kehendak remaja untuk memiliki barangan dengan harga mampu milik, jenama AR pilihan yang terbaik.

Sentuhan AR bukan sahaja mudah untuk suai padan mengikut majlis yang akan dihadiri seperti makan malam yang formal tetapi ia juga sesuai untuk gaya santai.

Kini anda tak perlu lagi risau kerana koleksi AR akan sentiasa tersedia untuk anda yang ingin sentiasa tampak bergaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: