Sunday, February 6, 2011

Shirley kurus dalam 15 hari




Cantik, manis dan peramah. Itulah gambaran peribadi, Shirley How Sher Nee yang lebih gemar membahasakan dirinya Shirley. Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, Shirley pasti teringat pengalaman manis di zaman kanak-kanak yang sering menerima banyak angpau. Tahun ini, wanita berbangsa Hokkien, Cina ini tidak sabar bertemu dengan sanak-saudaranya.

Mana tidaknya, Shirley berjaya menguruskan badannya dan mahu berkongsi kegembiraan itu bersama keluarga di kampung.

Mengamal cara diet artis Hollywood, Shirley menurunkan berat badannya dalam masa 15 hari pada akhir tahun lalu. Sambil tersenyum, dia berkongsi petua ringkas tanpa mengambil apa-apa produk atau rawatan pelangsing.

Biarpun agak sibuk dengan tugas Penolong Pembantu Pengurus Pemasaran dan Pehubungan Shu Uemura Malaysia, Shirley tekad mahu kurus dengan mengamalkan ramuan lemon, sirap mapel, serbuk cayenne yang dibancuh dalam air selama 10 hari.

Mengakui meminati bidang kecantikan sejak kecil, Shirley pernah bekerja sambilan di pusat kecantikan Shu Uemura semasa belajar. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Australia.

“Saya memang minat dengan bidang kecantikan, malah minat ini telah wujud sejak saya masih kecil lagi. Saya juga suka bergaya dan gemarkan sesuatu yang cantik. Sekembalinya ke tanah air, saya tidak menolak bekerja dengan jenama kecantikan seperti Shu Uemura.

‘‘Walaupun kerjaya saya mencabar kerana perlu berkomunikasi dengan orang ramai, saya seronok,” katanya yang berasal dari Muar, Johor.

Tambahan pula, sepanjang bersama jenama dari Jepun itu, Shirley berpeluang bekerja dengan pereka dan artis seperti Mika Ninagawa, Aya takano dan Viktor & Roth.

Mengenai Tahun Baru Cina yang telah disambut empat hari lalu, kedatangan perayaan itu amat dinanti-nantikan olehnya.

Pada hari itulah dia sekeluarga akan saling mengunjungi sanak saudara bagi mengeratkan silaturahim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: