Friday, February 4, 2011

Keinsafan seorang anak dalam Cheongsam Untuk Ibu

Ibarat kata pepatah, sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan. Apatah lagi menjelangnya sambutan perayaan yang pastinya mengajak kita sebagai manusia menyuntik kesedaran dalam diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan tanpa mengira kaum dan agama.

Begitu juga kesempatan terbuka luas bagi anak yang ingin memohon keampunan daripada ibu dan ayah atas keterlajuran yang dilakukan.

Lalu dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina, RTM menerusi slot Citra yang popular di kalangan penonton setianya dalam menyiarkan drama sarat dengan pengajaran berguna untuk ditonton seisi keluarga pada malam ini dengan menyiarkan telemovie bertajuk Cheongsam Untuk Ibu, jam 10 malam di TV2.

Membariskan pelakon, Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari, telemovie ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri.

Kerana desakan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana ingin memperolehi kejayaan di ibu kota.

Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: