Sekarang kawasan itu antara kawasan menarik yang semakin rancak dengan pembinaan resort mewah. Ia mencetuskan ilham kepada mereka untuk menukar rumah tersebut menjadi resort atas bukit. Mereka menamakannya sebagai Villa Tebing View. Villa Tebing View berada diketinggian 1,200 meter daripada paras laut dan semestinya menjanjikan suasana dingin dan nyaman yang selari dengan kota Bandung sendiri yang diminati kerana kedinginannya.Selain pemandangan kota Bandung dari atas bukit, kawasan persekitaran daerah itu juga dipenuhi suasana kehijauan. Antara restoran yang menjadi tumpuan di kawasan berdekatan ialah The Peak dan banyak lagi restoran masakan Barat. Che Li pernah ke sama bersama teman-teman, tapi belum sempat ke resort Jamal. Memang suasananya nyaman dan sejuk sekali. Apatah lagi pada waktu malam. Sesuai benarlah menikmati masakan Barat dalam suasana dingin macam itu. Kalau berminat bercuti ke sana boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi talian (022) 76449935 atau e-mel ke tebingview@tebingview.com Selain keunikan itu ada juga ruang untuk barbeku, aktiviti riadah dan kebun strawbery yang boleh dipetik. Suasana kolam renang juga sangat menarik. Kamar alang berkonsep tradisional desa bergaya moden dengan gazebo di bahagian bawah untuk bersantai. Rekaan luarannya kelihatan macam sarang burung. Kamar saung juga bercita rasa desa dan ditambah dengan pemandangan tebing pergunungan dan indahnya pemandangan kota Bandung yang menyegarkan. Rumah induk pula sesuai untuk didiami seisi keluarga dengan tiga bilik di dalam sebuah rumah. Rumahnya ada fasiliti lengkap sebuah rumah di desa. Rumah kayu juga ada jenis tiga bilik dan dua bilik tidur. Che Li: Kalau ke Bandung nanti teringin juga nak singgah Tebing View. | Pada awalnya penyanyi Indonesia Jamal Mirdad dan isteri Lydia Kandou membina sebuah rumah berkonsep kampung di atas kawasan perbukitan Perompong yang berpemandangan menarik bandar Bandung.
Thursday, February 17, 2011
Cantiknya resort Jamal Mirdad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: