Thursday, February 17, 2011

Sehati Sejiwa makin mantap

Pasangan Zul dan Isma.

Saluran-saluran RTM sebenarnya banyak menyiarkan program menarik. Tapi entah di mana silapnya program di stesen milik kerajaan itu kurang glamor berbanding apa yang ada di stesen swasta baik yang percuma atau saluran berbayar.

Adakah unit berkaitan promosi program di stesen itu tidak cukup menjalankan promosi? Atau ada faktor lain di sebaliknya? Salah satu program bual bicara langsung yang hangat ialah Sehati Sejiwa yang sudah masuk tahun ketiga. Kalau dah tiga tahun bertahan maknanya program itu ada kekuatan tersendiri.

Amyza Aznan ganti Misha Omar.

Penerbitnya Hasliza Mohd. Kharsa akui pihaknya sering mendapat pujian bila ada isu menarik ditampilkan dalam program itu. Dalam masa yang sama sering juga mereka dikritik. Kini Sehati Sejiwa sudah masuk musim ke sembilan.

"Kami terima apa sahaja kritikan dan akan berusaha memperbaiki mutu program. Sebab itu kalau tonton musim baru bersama pengacara Amyza Aznan, banyak perubahan yang kami lakukan.

"Kami ada suntikan gosip untuk menambah tarikan selain kisah utama pasangan selebriti yang kita undang," kata Hasliza kepada Mangga Online.

Ditebak pasal pertukaran pengacara, jelasHasliza ia terpaksa dilakukan kerana pengacara asal, Misha Omar tidak boleh memberi komitmen bila ia disiarkan secara langsung di TV1 pada hari Ahad pukul 2.00 petang.

"Misha seorang penyanyi dan pasti dia banyak undangan mengadakan persembahan pada hujung minggu. Sepanjang mengacarakan program itu Misha sangat komited dan tidak ada masalah dengan pihak penerbitan.

"Saya akui ada yang cuba membandingkan Misha dan Amyza. Ia perkara lumrah apabila berlaku pertukaran. Misha juga pernah dibandingkan dengan pengacara pertama Sehati Sejiwa, Scha Al-Yahya, lama-kelamaan dia semakin serasi.

"Amyza pula secara personalnya sesuai dengan konsep program itu sendiri kerana dia sudah berumah tangga. Ada persoalan tertentu yang memberi kelebihan kepada seseorang yang pernah melalui sendiri alam hidup bersuami.

"Amyza ada cara tersendiri yang tidak kekok kerana sudah biasa dengan dunia lakonan. Dia juga seorang yang selamba dalam apa sahaja keadaan," tambah Hasliza.

Sementara itu sejak bersiaran tiga tahun lalu, belum pernah ada pasangan yang ditampilkan dua kali. Sebab itulah format baru tidak menyekat hanya kepada pasangan artis, sebaliknya turut membuka kepada selebriti dunia lain termasuk ahli sukan, ahli politik, ahli korporat, sasterawan, ilmuan serta golongan ternama lain.

"Pada musim kesembilan ini kami menambah bahan selain topik pasangan mingguan. Kita ada segmen motivasi untuk berbincang pasal topik berkaitan keluarga," tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: