Kali pertama bergandingan dengan kekasihnya, Kamal Adli menerusi filem terbarunya, Kembar Siang, Intan ladyana menolak tanggapan dia cuba membawa kamal ke bidang perfileman. Kamal yang sebelum ini pernah melakonkan filem Puaka Niyang Rapik, ditawarkan menjadi hero dalam filem Kembar Siang yang bergandingan dengan pelakon dan juga kekasihnya, Intan Ladyana. Penampilan Kamal sebagai hero terbaru dalam filem terbitan David Teo mengundang cerita bahawa Intan Ladyana telah membawa masuk kekasihnya itu dalam senarai artis-artis dibawah naungan MIG dan seterusnya mendapatkan watak utama kepada lelaki itu. "Pemilihan watak dilakukan oleh David Teo, dan saya tidak mempunyai kuasa untuk meminta sesiapa untuk bergandingan dengan saya apatah lagi Kamal Adli. "Dan saya sendiri tidak pernah mempromosi Kamal pada David, sebaliknya David sendiri yang dapat menilai bakat dan kebolehan Kamal dalam bidang lakonan. "tentang keserasian saya dan Kamal, ia memang tidak susah untuk dibina memandangkan diluar set sekali pun kami sememangnya bercinta, dan sebelum ini sekalipun saya pernah bergandingan dengan Kamal dalam drama bersiri, Seribu Kali Cinta,"jelas Intan. Peminat Bosan Melihat aksi mereka di dalam filem dan drama, adakah Intan tidak takut jika satu hari nanti peminat mula bosan dengan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Kamal sama ada secara realiti ataupun di dalam lakonan. "Itu terpulanglah, saya hanya terima tawaran, jika ada yang mahukan kami bergandingan, saya akan terima jika ia bersesuaian. "Tapi, secara jujurnya, setelah berlakon dengan Kamal dalam drama Seribu Kali Cinta, saya mendapat maklum balas yang menarik daripada para peminat, kebanyakkan mereka suka melihat kami bergandingan, dan mereka dapat lihat keserasian kami dalam drama itu,"ceritanya. Berjauhan Membicarakan tentang kisah cinta mereka yang sudah menjangkau usia dua tahun, jelas Intan, mereka jarang sekali dapat bertemu kerana kedua-duanya sibuk dengan penggambaran filem dan drama. "Kami jarang berjumpa, kerana sibuk dengan tugas masing-masing, dan adakalanya jika ada penggambaran di luar Kuala Lumpur kami hanya berhubung melalui telefon dan sms. Jadi disebabkan kesibukkan begini, kami ambik keputusan untuk tidak memikirkan soal kerjaya terlebih dahulu. "Baik saya mahupun Kamal, kami masih belum bertemu dengan keluarga masing-masing sebab tidak ada kesempatan, tapi mereka sudah mengetahui hubungan kami,"jelas Intan lagi. Kali pertama bersatu dengan kekasihnya, Kamal Adli di dalam satu layar lebar menerusi filem terbaru Prof. Hatta Azad Khan, Kembar Siang, Intan ladyana menolak tanggapan dia cuba mempromosi kamal ke bidang perfileman. Kamal yang sebelum ini pernah melakonkan filem Puaka Niyang Rapik, ditawarkan menjadi hero dalam filem Kembar Siang yang bergandingan dengan pelakon dan juga kekasihnya, Intan Ladyana. Penampilan Kamal sebagai hero terbaru dalam filem terbitan David Teo mengundang cerita bahawa Intan Ladyana telah membawa masuk kekasihnya itu dalam senarai artis-artis dibawah naungan MIG dan seterusnya mendapatkan watak utama kepada lelaki itu. "Pemilihan watak dilakukan oleh David Teo, dan saya tidak mempunyai kuasa untuk meminta sesiapa untuk bergandingan dengan saya apatah lagi Kamal Adli. "Dan saya sendiri tidak pernah mempromosi Kamal pada David, sebaliknya David sendiri yang dapat menilai bakat dan kebolehan Kamal dalam bidang lakonan. "Tentang keserasian saya dan Kamal, ia memang tidak susah untuk dibina memandangkan diluar set sekali pun kami sememangnya bercinta, dan sebelum ini sekalipun saya pernah bergandingan dengan Kamal dalam drama bersiri, Seribu Kali Cinta,"jelas Intan.
Peminat Bosan Melihat aksi mereka di dalam filem dan drama, adakah Intan tidak takut jika satu hari nanti peminat mula bosan dengan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Kamal sama ada secara realiti ataupun di dalam lakonan. "Itu terpulanglah, saya hanya terima tawaran, jika ada yang mahukan kami bergandingan, saya akan terima jika ia bersesuaian. "Tapi, secara jujurnya, setelah berlakon dengan Kamal dalam drama Seribu Kali Cinta, saya mendapat maklum balas yang menarik daripada para peminat, kebanyakkan mereka suka melihat kami bergandingan, dan mereka dapat lihat keserasian kami dalam drama itu,"ceritanya.
Berjauhan Membicarakan tentang kisah cinta mereka yang sudah menjangkau usia dua tahun, jelas Intan, mereka jarang sekali dapat bertemu kerana kedua-duanya sibuk dengan penggambaran filem dan drama. "Kami jarang berjumpa, kerana sibuk dengan tugas masing-masing, dan adakalanya jika ada penggambaran di luar Kuala Lumpur kami hanya berhubung melalui telefon dan sms. Jadi disebabkan kesibukkan begini, kami ambik keputusan untuk tidak memikirkan soal kerjaya terlebih dahulu. "Baik saya mahupun Kamal, kami masih belum bertemu dengan keluarga masing-masing sebab tidak ada kesempatan, tapi mereka sudah mengetahui hubungan kami,"jelas Intan lagi. |
Thursday, February 17, 2011
Intan Ladyana & Kamal Adli Kini Bersatu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: