Wednesday, February 23, 2011

Fazura Pohon Jodoh Di Makkah

Fazura Tidak Mahu Berundur
Biarpun menerima pujian yang cukup membanggakan sewaktu membawakan watak Intan dalam filem Pisau Cukur arahan Bernard chauly tahun lalu, perjalanan seni Fazura kemudiannya kelihatan sepi sahaja.
Tiada sebarang perkembangan kerjaya dilaporkan mengenai wanita ini, yang ada sekalipun, hanya gosip-gosip manja yang mengaitkan dirinya bersama seorang kerabat raja.
Ada cakap-cakap belakang mengatakan wanita kelahiran Pekan, Pahang ini dikatakan sedang mengiapkan diri untuk berundur daripada bidang seni kerana sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, lantas segala aktiviti yang dilakukan, sengaja tidak dihebahkan dan dia semakin menyendiri daripada publisiti media.
Berkesempatan menemui si jelitawan, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Shariffudin, dia menafikan tentang pengunduran dirinya dalam bidang lakonan ini, namun dia menyedari dirinya sudah mula tenggelam daripada arus populariti.
"Saya menyepi bukan kerana mahu berundur daripada bidang lakonan, tapi untuk elakkan diri daripada publisiti-publisiti murahan.
"Saya tak mahu kerap bercerita benda-benda yang tiada, bimbang nanti bila di salah tafsirkan akan menjadi perkara yang tidak elok.
"Saya faham, setiap media mahu cerita yang sensasi, dan itu tugas mereka, tetapi dalam masa yang sama saya bimbang jika saya bercerita tentang sesuatu dan ia disalah ertikan menjadi perkara lain, ini akan mengundang publisiti buruk pada saya, jadi saya ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.
"Untuk apa saya bercerita tentang perkara-perkara yang boleh membuatkan saya tidak gembira, saya tidak mahu orang bercakap perkara-perkara yang tidak elok, dan jika tidak ada sebarang produk, saya rasa eloklah jika saya mendiamkan diri.
"Tentang perkahwinan juga, masih belum ada apa-apa yang hendak saya beritahu, kerana saya masih seperti dahulu, tiada sebarang target untuk berkahwin dan saya hanya serahkan kerja ini kepada tuhan,"jelas Fazura.
Pohon Jodoh Di Tanah Suci
bakal berangkat ke Kota Makkah pada 3 mac ini, Fazura sempat menyatakan niatnya untuk bermohon doa diberikan jodoh yang baik apabila berada di tanah suci itu.
"Saya akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah bersama barisan pelakon Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu, arahan eirma Fatima.
"Penggambaran akan dilakukan di Makkah, dan dalam kesempatan itu juga kami akan mengerjakan Umrah di sana nanti. Alhamdulillah, mungkin ini peluang untuk saya lebih dekat dengan-Nya, dan saya juga mahu memohon jodoh yang baik bila berada di sana nanti,"jelas Fazura yang membawa watak sebagai isteri kedua dalam drama Pahitnya Madu itu nanti.
Memilih Watak
Jarang sekali beraksi di kaca televisyen jelas Fazura, dia kini lebih banyak mengambil tawaran filem berbanding drama. Malah, pemilihan watak yang sesuai juga diambil kira sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.
"Kebelakangan ini memang saya agak memilih watak, kalau boleh saya tidak mahu terlalu sinonim dengan karakter sesesuatu watak. Saya berminat untuk memegang watak-watak jahat, walaupun ramai yang bertanggapan,watak jahat akan memberi persepsi buruk penonton pada kita, tetapi pada saya, itu adalah peluang untuk saya menunjukkan bakat yang saya ada.
"Saya memang tak banyak buat drama terutama jika ia bersiri, kali terakhir saya berlakon drama bersiri adalah dalam Ezora, selepas itu saya hanya ambil tawaran telefilem ataupun filem.
"Mungkin terlalu banyak komitmen dengan perkara lain, jadi saya tidak mahu terikat dengan satu projek penggambaran yang lama,"tambahnya lagi.
Lux
Diterima menjadi duta terbaru produk mandian, Lux, Fazura melahirkan rasa syukur dan sama sekali tidak menyangka akan dipilih untuk duduk sebaris dengan beberapa artis popular lain yang pernah menjadi duta produk ini seperti Erra Fazira, Fauziah Latif dan Amy Mastura
"Tawaran ini datang pada bulan Oktober yang lalu, dan saya benar-benar teruja bila ditawarkan produk ini. Sebelum ini memang saya menggunakan Lux, mungkin kerana terlalu suka menggunakannya, ia membawa tuah kepada saya untuk menjadi duta kepada produk ini.
"Saya sedar Lux merupakan produk yang besar dan saya juga perlu menanggung satu tugas yang berat untuk digalas, tetapi saya sudah bersedia untuk menanggungnya dan berharap saya menepati ciri-ciri wanita yang dicari,"jelas Fazura yang mengikat kontrak bersama Lux selama setahun.

Biarpun menerima pujian yang cukup membanggakan sewaktu membawakan watak Intan dalam filem, Pisau Cukur arahan Bernard Chauly tahun lalu, perjalanan seni Fazura kemudiannya kelihatan sepi sahaja.

Tiada sebarang perkembangan kerjaya dilaporkan mengenai wanita ini, yang ada sekalipun, hanya gosip-gosip manja yang mengaitkan dirinya bersama seorang kerabat raja.

Duta terbaru LUX

Ada cakap-cakap belakang mengatakan wanita kelahiran Pekan, Pahang ini dikatakan sedang mengiapkan diri untuk berundur daripada bidang seni kerana sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, lantas segala aktiviti yang dilakukan, sengaja tidak dihebahkan dan dia semakin menyendiri daripada publisiti media.

Berkesempatan menemui si jelitawan, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Shariffudin, dia menafikan tentang pengunduran dirinya dalam bidang lakonan ini, namun dia menyedari dirinya sudah mula tenggelam daripada arus populariti.

"Saya menyepi bukan kerana mahu berundur daripada bidang lakonan, tapi untuk elakkan diri daripada publisiti-publisiti murahan.

"Saya tak mahu kerap bercerita benda-benda yang tiada, bimbang nanti bila di salah tafsirkan akan menjadi perkara yang tidak elok.

"Saya faham, setiap media mahu cerita yang sensasi, dan itu tugas mereka, tetapi dalam masa yang sama saya bimbang jika saya bercerita tentang sesuatu dan ia disalah ertikan menjadi perkara lain, ini akan mengundang publisiti buruk pada saya, jadi saya ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"Untuk apa saya bercerita tentang perkara-perkara yang boleh membuatkan saya tidak gembira, saya tidak mahu orang bercakap perkara-perkara yang tidak elok, dan jika tidak ada sebarang produk, saya rasa eloklah jika saya mendiamkan diri.

"Tentang perkahwinan juga, masih belum ada apa-apa yang hendak saya beritahu, kerana saya masih seperti dahulu, tiada sebarang target untuk berkahwin dan saya hanya serahkan kerja ini kepada tuhan,"jelas Fazura.

Pohon Jodoh Di Tanah Suci

Bakal berangkat ke Kota Makkah pada 3 mac ini, Fazura sempat menyatakan niatnya untuk bermohon doa diberikan jodoh yang baik apabila berada di tanah suci itu.

"Saya akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah bersama barisan pelakon Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu, arahan eirma Fatima.

"Penggambaran akan dilakukan di Makkah, dan dalam kesempatan itu juga kami akan mengerjakan Umrah di sana nanti. Alhamdulillah, mungkin ini peluang untuk saya lebih dekat dengan-Nya, dan saya juga mahu memohon jodoh yang baik bila berada di sana nanti,"jelas Fazura yang membawa watak sebagai isteri kedua dalam drama Pahitnya Madu itu nanti.

Jelitawan, Fazura

Memilih Watak

Jarang sekali beraksi di kaca televisyen jelas Fazura, dia kini lebih banyak mengambil tawaran filem berbanding drama. Malah, pemilihan watak yang sesuai juga diambil kira sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

"Kebelakangan ini memang saya agak memilih watak, kalau boleh saya tidak mahu terlalu sinonim dengan karakter sesesuatu watak. Saya berminat untuk memegang watak-watak jahat, walaupun ramai yang bertanggapan,watak jahat akan memberi persepsi buruk penonton pada kita, tetapi pada saya, itu adalah peluang untuk saya menunjukkan bakat yang saya ada.

"Saya memang tak banyak buat drama terutama jika ia bersiri, kali terakhir saya berlakon drama bersiri adalah dalam Ezora, selepas itu saya hanya ambil tawaran telefilem ataupun filem.

"Mungkin terlalu banyak komitmen dengan perkara lain, jadi saya tidak mahu terikat dengan satu projek penggambaran yang lama,"tambahnya lagi.

Duta Lux

Diterima menjadi duta terbaru produk mandian, Lux, Fazura melahirkan rasa syukur dan sama sekali tidak menyangka akan dipilih untuk duduk sebaris dengan beberapa artis popular lain yang pernah menjadi duta produk ini seperti Erra Fazira, Fauziah Latif dan Amy Mastura

"Tawaran ini datang pada bulan Oktober yang lalu, dan saya benar-benar teruja bila ditawarkan produk ini. Sebelum ini memang saya menggunakan Lux, mungkin kerana terlalu suka menggunakannya, ia membawa tuah kepada saya untuk menjadi duta kepada produk ini.

"Saya sedar Lux merupakan produk yang besar dan saya juga perlu menanggung satu tugas yang berat untuk digalas, tetapi saya sudah bersedia untuk menanggungnya dan berharap saya menepati ciri-ciri wanita yang dicari,"jelas Fazura yang mengikat kontrak bersama Lux selama setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: