Tuesday, December 14, 2010

Zainal Abidin Rancang Terbit Album Baru

JOHOR BARU: Penyanyi Zainal Abidin, (gambar) yang pernah menghasilkan lagu lagu Hijau sedang merancang bagi menerbitkan sebuah album dengan tema kemanusiaan dan alam sekitar.

Album yang belum diberi judul itu akan dikeluarkan pada pertengahan April depan selepas rakaman terakhirnya menerusi pada lima tahun lalu berjudul Puteri.

Ketika ditanya tentang hal ini, Zainal berkata: "Saya tidak percaya terhadap kemampuan menghasilkan album setiap tahun tapi hasrat saya ialah untuk menghasilkan album yang berkualiti kepada peminat-peminat saya,” katanya.

Zainal menambah dia sedang merangka lagu dan lirik untuk album terbarunya nanti.

"Saya tidak terdesak untuk mendapat perhatian ramai. Bagi saya, menghasilkan muzik bukanlah satu benda yang perlu mendapat publisiti,''katanya kepada The Star selepas menyertai karnival untuk mempromosikan kepentingan kitar semula yang diadakan oleh Johor Corp di Bandar Dato 'Onn, Sabtu lalu.

Zainal mengatakan tujuannya menghasilkan lagu-lagu berunsurkan alam dan kemanusiaan adalah untuk menyampai mesej berguna kepada peminatnya mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Penyanyi kelahiran Johor ini berkata, album Hijau yang dikeluarkan 20 tahun yang lalu masih lagi relevan pada hari ini dan terus menjadi pilihan dalam usaha membantu untuk mempopularkan kegiatan kempen hijau seperti kitar semula di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: