ALOR SETAR - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) meminta kerajaan agar menimbang untuk menetapkan gaji minimum semua pemandu bas sebanyak RM1,200 sebulan.
Setiausaha PPBSM, Sa'adan Man berkata, ini kerana kadar gaji sedia ada bukan sahaja tidak sama, tetapi juga sangat rendah.
"Gaji yang terlalu rendah menyebabkan pemandu bas khususnya bas ekspres bergantung kepada komisen trip perjalanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas laporan mengenai usaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji gaji pemandu bas ekspres di negara ini, beliau turut mencadangkan agar kajian itu meliputi semua kategori pemandu bas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: