Wednesday, November 24, 2010

Tiga anggota JPJ dibebas SPRM


ENAM individu berjalan keluar dari Mahkamah Seremban 2 selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam.


SEREMBAN - Enam individu termasuk tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang kutipan bagi satu majlis malam mesra JPJ berjumlah RM660,000 dibebaskan semalam.

Jurucakap SPRM negeri berkata, semua mereka dibebaskan dengan jaminan agensi itu selepas tempoh reman mereka tamat semalam.

"Bagaimanapun, siasatan ke atas semua individu terbabit masih diteruskan dan mereka boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk melengkapkan siasatan.

"Semua mereka juga akan didakwa sebaik sahaja kertas siasatan lengkap dibuat dan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: