![]() |
| SEORANG mahasiswa menerangkan proses penghasilan produk bioteknologi kepada pelajar-pelajar sekolah sempena Simposium Bioteknologi 2010 (Symbion) di UMP, Pahang, baru-baru ini. |
Bioteknologi adalah satu salah satu daripada bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia daripada pelbagai aspek namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Pelbagai peluang pekerjaan dalam industri ini perlu diisi merangkumi penyelidikan, pengusahaan, tenaga pengajar, harta intelek dan pemasaran.
Menyedari hakikat kepentingan bidang ini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (CHEST), Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini mengambil inisiatif menganjurkan program Simposium Bioteknologi 2010 (Symbion) bertemakan 'Kehidupan yang Lebih Sihat'.
Program ini dapat membantu mencambahkan minat pelajar dalam bidang bioteknologi di kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPTA) awam.
Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Profesor Madya. Zulkafli Hassan berkata, program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa IPT dan pelajar sekolah mengenai kepentingan bioteknologi dalam kehidupan seharian.
"Pendedahan mengenai bioteknologi ini dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang isu terkini yang berhubung dengan cara hidup sihat selaras dengan kemajuan bioteknologi di Malaysia.
"Ia sebagai usaha membantu mencambahkan minat pelajar dalam bidang mendalami bioteknologi bagi memberi gambaran dan sumber rujukan yang jelas agar mereka lebih memahami tentang bidang itu," katanya ketika merasmikan
Pengarah program, Nurul Aida Jamaludin, 21, pelajar FKKSA berkata, beliau amat gembira dengan penyertaan amat membanggakan daripada pihak IPT dan penglibatan daripada industri.
Antara IPTA yang hadir, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera, SMK Abdul Rahman Talib dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai pertandingan Spell It Right dan Scrablle serta menyaksikan pameran produk bioteknologi dari Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP), Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: