Thursday, November 4, 2010

semburan Taymen


PENGALAMAN berpuluh tahun Taymen membolehkan beliau mendapat kepercayaan yang tinggi.


LUKISAN angin atau seni air brush boleh disamakan seperti solekan pada wajah manusia. Sentuhan oleh mereka yang pakar mampu menukarkan sesuatu yang suram menjadi cukup menarik.

Seni halus yang biasa digunakan sebagai penghias kenderaan itu bagaimanapun bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua. Kerap kali juga kita melihat hiasan air brush yang agak menyakitkan mata.

Untuk mendapatkan lakaran yang cantik dan kemas, kos yang ditawarkan pakar-pakar airbrush di negara ini kadang-kala mencecah harga lima angka. Bergantung kepada kesukaran dan saiz lukisan.

Selain menggunakan kreativiti dan ketelitian dalam lukisan, penggunaan alat-alat yang canggih juga menjadi faktor mengapa seni ini dijual pada harga yang tinggi.

Taymen Chua, pakar lukisan air brush dari Taymen Airbrushing berkata, walaupun seni itu kini dipermudahkan dengan teknologi komputer, kehalusan hasil kerja amat bergantung pada kerja tangan.

"Semburan cat angin berbeza dengan lukisan cara biasa. Ia memerlukan tumpuan dan kesabaran bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

"Untuk menyiapkan lukisan pada sebuah motosikal (penuh) kadang-kala memakan masa sehingga sebulan," ujarnya yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang itu.

Bermula sebagai hobi, Taymen Airbrushing kini merupakan antara bengkel air brush terkemuka di negara ini dalam hiasan kenderaan, produk dan aksesori.

"Seni daripada cat 2K yang kami sediakan adalah untuk mereka yang inginkan penampilan lain daripada yang lain," katanya.

Sepanjang kerjayanya itu, saat paling manis muncul pada tahun ini apabila beliau diberi kepercayaan untuk menghias jentera pelumba Moto2 pertama negara, Mohamad Zamri Baba yang beraksi di Grand Prix Malaysia, baru-baru ini.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seni lukisan airbrush, sila hubungi Taymen di talian 019-315 4252 atau layari web di www.taymenairbrushing.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: