|
|
MINAT wanita terhadap skirt pendek ternyata tidak pernah ada titik noktahnya. Didatangkan dalam pelbagai warna, corak dan rekaan, skirt membantu menyerlahkan gaya wanita dalam berpenampilan.
Misalnya kepada penggemar muzik rock pastinya skirt pendek jenis denim menjadi pilihan. Gaya rock dan chic yang diingini mudah disempurnakan dengan padanan baju T rona gelap, jaket denim dan aksesori.
Sementara itu, skirt pendek rekaan comel dan rona-rona lembut pula selesa digayakan oleh mereka yang gemar tampil feminin. Apatah lagi penampilan itu diserikan dengan aksesori kepala.
Kepada penggemar skirt pendek, barangkali drama bersiri Gossip Girl boleh memberi idea kepada anda. Lihat saja corak pemakaian suai padan blaus dan skirt pendek yang dipraktikkan oleh Blair Waldorf dan Serena Woodsen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: