Thursday, November 4, 2010

Penghargaan untuk pendengar


Mizz Nina


DILANCARKAN sejak 3 Oktober 2005, diam tak diam kini sudah lima tahun stesen berbahasa Inggeris di bawah kelolaan Media Prima Berhad, Fly FM beroperasi di negara ini.

Sepanjang tempoh tersebut, stesen yang mensasarkan pendengar dalam lingkungan usia antara 15 hingga 30 tahun itu ternyata berjaya menempatkan diri di tangga kedua antara yang terbaik di kalangan stesen radio yang mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Sokongan padu daripada pendengar yang kini berjumlah lebih 700,000 orang antara lain mengingatkan stesen tersebut bahawa hubungan baik antara warga kerjanya dengan para pendengar tidak harus terbatas hanya di udara.

Justeru, sempena ulang tahun kelima Fly FM yang bakal berlangsung di KL Live, Life Center, Kuala Lumpur pada Sabtu ini (6 November), Fly FM mengajak kehadiran para pendengar setia mereka untuk sama-sama merasai kemeriahan Fly-Niversary Fly FM kelima.

Acara yang turut bersiaran secara langsung menerusi Fly FM bermula pukul 6 petang hingga 8 malam itu adalah secara percuma.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin merebut peluang memenangi tiket VIP serta berjumpa dan bergaul dengan selebriti dan penyampai kegemaran mereka, sertailah peraduan yang disediakan di laman sosial rasmi Fly FM di Facebook.

Menariknya acara tersebut turut dimeriahkan oleh barisan artis terkenal daripada pelbagai genre muzik termasuklah Bittersweet, Hujan, Pure Vibracion yang bakal berkolaborasi berkongsi pentas menerusi konsert Campur Chart Goes Live pada pukul 4 petang.

Kemeriahan tidak hanya terhenti di situ kerana penyanyi popular, Mizz Nina, Joe Flizzow, Caprice dan Hunny Madu turut sama-sama memeriahkan persembahan pada hari tersebut.

Juga jangan lepaskan peluang untuk berdansa dengan dengan rentak muzik house dan trace daripada Lap Sap dan DJ dari Belgium iaitu DJ Johan Gielen yang sebelum ini pernah membuah persembahan di beberapa lokasi ternama seperti Dance Valley, Sensation White, Sunrise Festival dan Global Gathering.

Johan Gielen merupakan satu-satunya DJ yang pernah membuat persembahan sebanyak 15 kali di parti popular Trence Energy.

Saksikan juga penyampai Fly FM termasuk Hunny Madu, Phat Fabes, Ben, Nadia, Hafiz, Prem dan Zher mengendalikan acara pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: