Wednesday, November 3, 2010

Jualan tiket Take That laris


KUMPULAN TAKE THAT


BIARPUN hanya akan mengadakan siri jelajah konsert di seluruh United Kingdom pada pertengahan tahun hadapan, namun jualan tiket kumpulan Take That mendapat sambutan hangat semenjak ia mula dijual pada Jumaat lalu.

Ia merupakan konsert pertama yang akan diadakan sejak mereka berpecah. Kumpulan tersebut yang popular dengan lagu-lagu seperti Back For Good dan Love Ain't Here Anymore serta menjadi kegilaan remaja pada pertengahan tahun 90-an. Malah, penjualan album mereka juga pernah mencatat sebanyak 40 juta unit di seluruh dunia.

Menariknya, kesemua lima ahli kumpulan Take That akan bergabung semula untuk menjayakan siri jelajah konsert berkenaan, termasuklah Robbie William yang pernah meninggalkan kumpulan itu pada tahun 1995 untuk bergerak secara solo.

Menurut jurucakap ejen jualan tiket, Ticketmaster berkata: "Sebaik sahaja jualan tiket bermula, kami mendapat banyak tempahan terutama melalui talian telefon dan secara online. Ia sesuatu diluar jangkaan memandangkan konsert berkenaan hanya akan bermula pada bulan Mei 2011."

Dengan sambutan yang luar biasa itu juga, kumpulan tersebut berkemungkinan besar terpaksa membuat konsert tambahan di beberapa tempat seperti di Sunderland, Glasgow dan Birmingham.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: