Tuesday, November 9, 2010

Firefly guna pesawat Boeing 737-800, beroperasi di KLIA


PESAWAT baru Firefly yang akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya mulai tahun depan.


PETALING JAYA - FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), akan menambah 30 pesawat jet Boeing 737-800 secara berperingkat, bermula tahun hadapan sehingga 2015, yang akan beroperasi dari Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Meskipun pertambahan pesawat itu akan bermula pada 15 Januari tahun depan di KLIA, syarikat akan terus menggunakan pesawat ATR 72-500 Turboprops bagi operasinya di Lapangan Terbang Skypark Subang.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong, pertambahan pesawat Boeing 737-800 itu akan menggalakkan kadar pertumbuhan yang agresif bagi rangkaian laluan domestik Firefly sebelum meluaskan operasinya ke bandar-bandar utama rantau ASEAN.

"Fasa pertama perancangan lima tahun kami melibatkan perkhidmatan 30 pesawat Boeing 737-800 yang akan bermula dengan enam pesawat yang akan dipajak daripada pasaran terbuka.

"Sekiranya mempunyai wang yang mencukupi bagi pembayaran prapenghantaran (PDP), kami merancang untuk membuat tempahan pembelian model pesawat itu dalam suku ketiga atau keempat 2011," katanya pada sidang akhbar mengenai perancangan perluasan perniagaan syarikat penerbangan tambang murah itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: