Wednesday, November 24, 2010

Dua calon SPM meninggal dunia


PELAJAR Sekolah Menengah Convent, Aishah Nardi yang patah kaki akibat kemalangan terpaksa mengambil peperiksaan SPM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


KUALA LUMPUR - Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula semalam.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, seramai 467,970 calon SPM menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.

Katanya, seramai 53,504 calon pula mengambil STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sementara itu, dua calon SPM di Johor tidak sempat mengambil peperiksaan berkenaan apabila meninggal dunia dalam dua kejadian berasingan.

Di Muar, seorang pelajar meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum menduduki peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang semalam.

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, Hazizul Hasah, 17, mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: