Friday, November 5, 2010

DOKTOR KEHORMAT


HUSSAMUDDIN Yaacub menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Perniagaan dalam Keusahawanan daripada Tun Rahah Mohd. Noah pada konvokesyen ke-10 UniRazak di Putrajaya, semalam.


KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Perniagaan dalam Keusahawanan daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

Ijazah tersebut disampaikan oleh Canselor UniRazak, Tun Rahah Mohd. Noah sempena majlis konvokesyen ke-10 universiti tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Seramai 1,753 orang termasuk 74 graduan pasca siswazah menerima ijazah masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: