Thursday, November 18, 2010

Dihukum kerana tolak kereta dengan kereta


KERETA yang ditolak dengan kereta yang dipandu Ronald Pemberton bergerak ke tengah jalan raya.


BRISTOL - Seorang pesara, Ronald Pemberton berusia 83 tahun mengaku mengundurkan kereta Peugeot ke arah sebuah kereta yang menghalang laluannya di depan sebuah sekolah rendah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemberton dijatuhi hukuman dilarang memandu selama 12 bulan dan denda termasuk kos mahkamah dan ganti rugi hampir £2,000 (RM9,962) kerana kesalahan itu.

"Adalah amat menyedihkan untuk melihat seseorang yang berumur seperti anda di mahkamah tetapi anda tidak boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut kemahuan sendiri," kata Hakim Nicholas Rowland.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Pemberton yang memandu kereta itu mengundurkan kenderaannya supaya ia menolak sebuah kereta yang diletakkan di depan garaj yang disewa dekat dengan rumahnya.

Kereta yang ditolak itu kemudiannya bergerak dan terhenti di tengah jalan raya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: