Monday, November 1, 2010

CariDee kekasih terbaru Manson


MARILYN (kanan) bersama bekas tunangnya, Evan.


MARILYN Manson kini mempunyai kekasih baru selepas berpisah dengan tunangnya, aktres Evan Rachel Wood.

Kekasih terbaru penyanyi berimej pelik itu tidak lain dan tidak bukan ialah juara program realiti kelolaan supermodel Tyra Banks, American Next Top Model musim ketujuh, CariDee English.

Hubungan cinta mereka mulai bersemi ketika bertemu di studio rakaman di Hollywood, California baru-baru ini yang mana CariDee ketika itu sedang membuat rakaman untuk album sulungnya.

CariDee memberitahu majalah Life and Style: "Marilyn Manson memberi inspirasi dan sokongan buat saya untuk berjaya dalam dunia muzik. Dia membuatkan saya berasa bahagia dan selesa baik sebagai artis mahupun wanita."

CariDee yang berambut perang dilaporkan telah menukar warna rambutnya kepada warna perang dan bercadang untuk merakam semula lagu teman lelaki barunya itu yang berjudul, Coma White.

Marilyn sebelum ini dilaporkan berparti bersama sekumpulan wanita misteri untuk melupakan kesedihannya selepas berpisah dengan Evan pada Ogos tahun ini. Sebelum menjalinkan hubungan dengan Evan, Marilyn pernah mengahwini Dita Von Teese tetapi bercerai pada tahun 2006.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: