BRIDGEPORT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak dapat menahan kemarahan di sini kelmarin selepas sekumpulan aktivis Aids mengganggu ucapannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa kejadian, Obama menyampaikan ucapan bagi membantu calon parti Demokrat, Richard Blumenthal memenangi kerusi Dewan Senat Connecticut pada pilihan raya yang akan diadakan pada awal bulan ini.
Sekumpulan orang melihat ucapan Obama terganggu kerana sekumpulan lelaki dipercayai aktivis Aids yang meminta lebih banyak sumbangan dana menjerit ke arahnya.
“Maafkan saya, maafkan saya,” kata Obama berulang kali kepada aktivis itu.
Semasa mereka saling berbalah, Obama terdiam sebentar selama beberapa saat, kelihatan marah dan menaikkan tangan sebagai tanda kecewa.
“Benarkan saya bercakap ini,” kata Obama kepada aktivis itu.
“Anda telah muncul pada setiap perhimpunan yang kami anjurkan.
“Kami membiayai dana global Aids,” jelas Obama.
“Dan pihak lain (Parti Republikan) tidak melakukannya.
“Justeru, saya tidak mengetahui kenapa anda memikirkan ini merupakan satu strategi berguna untuk dilakukan,” jelas Presiden AS itu.
Obama kemudian menunjukkan isyarat jarinya sebagai tanda marah ke arah aktivis berkenaan.
“Hey, dengarlah setiap orang,” katanya.
“Justeru, apa yang kita akan cadangkan. Saya berpendapat, ia akan menjadi lebih munasabah untuk anda pergi kepada pihak yang tidak berminat dalam dana global Aids dan menjerit dalam perhimpunan itu,” kata Obama.
Obama kemudian melihat ke arah sekumpulan lagi aktivis dengan berkata: “Anda semua adalah sama.”
Semasa lebih banyak jeritan kedengaran dalam perhimpunan itu, Presiden AS itu berkata: “Sudahlah, anda semua telah menyatakan pandangan, sekarang teruskan.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: