Monday, November 1, 2010

32 cedera serangan pengebom di Istanbul


PAKAR-PAKAR forensik polis memeriksa lokasi kejadian serangan pengebom berani mati di Dataran Taksim, istanbul semalam.


ISTANBUL - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dekat sekumpulan anggota polis yang mengawasi Dataran Taksim di sini menyebabkan 32 orang cedera, kata beberapa pegawai semalam.

Dalam kejadian itu, 10 daripada 32 yang cedera adalah anggota polis.

Ketua Polis Istanbul, Huseyin Capkin berkata, pada mulanya pengebom berani mati itu cuba memasuki ke sebuah kawasan tempat meletakkan van polis.

Bagaimanapun, katanya, pengebom itu gagal memasuki kawasan itu.

Jelasnya, pengebom itu kemudiannya meletupkan diri di luar sebuah van.

"Insiden itu masih dalam siasatan. Ia merupakan satu tindakan pengebom berani mati. Pengebom berani mati telah meletupkan dirinya yang tubuhnya berkecai," katanya.

Pasukan polis antirusuhan diletakkan di Dataran Taksim sebagai langkah awal sebelum berlakunya tunjuk perasaan.

"Seorang saksi, Muammer Ulutas yang bekerja di sebuah kafe dekat dataran itu berkata, seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan ke arah pengebom berani mati itu selepas dia meletupkan diri.

Menurutnya, pengebom berani mati itu terbaring dan kelihatan seperti berumur dalam lingkungan 20-an.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: